Perbalahan Terbuka Mahathir Dan Lim Guan Eng Bermula

Perang Terbuka Mahathir Dan Lim Guan Eng Bermula

Perbalahan Terbuka Mahathir Dan Lim Guan Eng Bermula

 

Dr Mahathir sememangnya dikenali sebagai seorang politikus yang akan mencantas siapa sahaja yang menggugat kedudukan beliau.

Satu lagi sifat Dr Mahathir dari muda hingga tua adalah beliau suka mencari gaduh.



Dengan membuat pelbagai tuduhan kepada seteru politik mengikut persepsi peribadi beliau.

Bermula dari awal penglibatan beliau di dalam politik, Al Marhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Hussien Onn, Tun Abdullah Badawi, DS Najib Razak, Anwar Ibrahim adalah antara koleksi kezaliman beliau.

Terkini, Dr Mahathir telah meletakkan kegagalan Pakatan Harapan 1.0 yang pernah beliau terajui kepada Lim Guan Eng yang menjadi Menteri Kewangan ketika itu.

Bukan tujuan penulis mahu membela Lim Guan Eng.



Penulis yakin, Lim Guan Eng dan DAP juga merupakan antara faktor mengapa Pakatan Harapan 1.0 gagal mentadbir negara dengan baik.

Tapi untuk bersetuju dengan naratif Dr Mahathir beliau suci dari kegagalan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Dalam menjawab tuduhan Dr Mahathir, Lim Guan Eng mendedahkan beberapa perkara yang sebelum ini dirahsiakan dari umum.

Lim Guan Eng mendakwa, Dr Mahathir bertanggungjawab menggagalkan usaha pemimpin Pakatan Harapan untuk menunaikan manifesto PRU 14.



Malah berlaku perpecahan dan pertembungan sesama pemimpin Pakatan Harapan ketika itu.

Satu pihak bertegas mahu menunaikan janji manifesto.

Dan satu pihak lagi menyokong Dr Mahathir yang memperlekehkan manifesto PRU 14.

Dakwa Lim Guan Eng, beliau beberapa kali telah diugut untuk dipecat.



Ianya kerana beliau bertegas mahu mengurangkan kadar tol Lebuhraya Utara-Selatan sebanyak 18 peratus.

Selain dari itu, Lim Guan Eng mendakwa, Dr Mahathir juga menentang usaha untuk mengadakan tender terbuka atas projek kerajaan.

Paling mengejutkan beliau juga mendedahkan, usaha menentang pengharaman UMNO yang beliau lakukan bersama Anwar telah menimbulkan kemarahan Dr Mahathir.

Sebelum ini umum mengetahui kononnya hanya Anwar Ibrahim seorang yang menentang usaha pengharaman UMNO.



Apa pun penulis yakin, Dr Mahathir pasti akan menjawab dakwaan Lim Guan Eng.

Kita siapkan pop-corn banyak-banyak.

 

Perang Terbuka Mahathir Dan Lim Guan Eng Bermula

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button