RON 95 Naik, Jangan Koyak Yer Sedagher Sedagher

 

RON 95 Naik, Jangan Koyak Yer Sedagher Sedagher

RON 95 Naik, Jangan Koyak Yer Sedagher Sedagher

 

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kerajaan sedang meneliti keperluan rasionalisasi subsidi dilaksanakan ke atas petrol RON95.



“Jika rasionalisasi subsidi ke atas petrol RON95 dilaksanakan, kerajaan akan mengambil langkah yang bersesuaian.”

“Ia bagi memastikan golongan yang terkesan akan diberikan bantuan yang sewajarnya.”

“Pelaksanaan rasionalisasi subsidi juga akan membantu kerajaan memperkukuh kedudukan fiskal dan mengoptimumkan sumber yang ada.”

“Penjimatan daripada inisiatif penyasaran semula subsidi akan dipulangkan kepada rakyat.”



“Melalui pelaksanaan program dan projek yang lebih memberi manfaat serta benar-benar diperlukan rakyat.”

“Ia seperti penambahbaikan dalam penyediaan perkhidmatan sosial dan kemudahan awam, termasuk kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan keselamatan.”

“Kerajaan sedar penyelarasan semula subsidi bahan api dijangka memberi kesan kepada kadar inflasi negara.”

“Namun strategi yang sudah dirangka dengan baik bersama-sama dengan bantuan tunai bersasar akan membantu mengurangkan kesan itu.”



“Sebagai contoh, kerajaan masih memberikan subsidi dan mengekalkan harga diesel pada kadar RM2.15 seliter kepada 23 jenis kenderaan logistik melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0..”

“Selain itu, pengekalan harga diesel RM1.88 bagi pengangkutan awam darat termasuk bas sekolah, bas ekspres, ambulans dan bomba.”

“Manakala kadar RM1.65 kekal kepada nelayan dan kerajaan turut menyediakan bantuan subsidi tunai BUDI MADANI.”

“BNM melalui penerbitan Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2023 menjangkakan pelaksanaan rasionalisasi subsidi akan memberi implikasi jangka pendek kepada kadar inflasi negara.”



“Kadar inflasi bagi 2024 diunjurkan antara dua hingga 3.5 peratus.”

“Keadaan ini sebahagiannya disebabkan peralihan secara berperingkat ke arah mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar.”

“Terutama membabitkan subsidi bahan api,” jelas Rafizi dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Dari kenyataan bertulis Rafizi, jelas kepada penulis penyelarasan subsidi Ron 95 yang akan menyebabkan kenaikan harga bahan api tersebut adalah sesuatu yang pasti.



Jadi, bila harga Ron 95 naik nanti, jangan koyak yer sedagher sedagher!!!

 

RON 95 Naik, Jangan Koyak Yer Sedagher Sedagher

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button