Simpan 4,505 kg minyak masak dalam stor haram

Oleh – Syeikh Baran


Simpan 4,505 kg minyak masak dalam stor haram
ANGGOTA Penguatkuasa KPDN Cawangan Batu Pahat menjalankan siasatan keatas sebuah syarikat borong minyak masak di Minyak Beku, Batu Pahat, semalam.

Gara-gara menyimpan minyak masak peket bersubsidi di alamat stor yang tidak didaftarkan di dalam lesen, sebuah syarikat berhadapan denda atas kesalahan melanggar peraturan lesen.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, sebelum itu pihaknya menerima aduan berkaitan sebuah syarikat perniagaan borong minyak masak paket bersubsidi di Minyak Been, Batu Pahat.



Katanya, susulan daripada itu, sepasukan empat orang anggota penguatkuasa diarahkan untuk menjalankan siasatan kira-kira pukul 2 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan di stor penyimpanan minyak masak paket bersubsidi yang disyaki disewa oleh pemilik syarikat telah berjaya menemui sejumlah 4,505 kg minyak masak paket bersubsidi polibeg 1 kg.

“Susulan penemuan tersebut, pemilik syarikat diarahkan untuk mengemukakan lesen borong barang kawalan (CSA), Siasatan lanjut mendapati pemilik syarikat tersebut merupakan pemegang lesen borong barang kawalan (CSA) yang masih sah,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, satu tindakan kes telah diambil dengan melaksanakan sitaan ke atas 4,505 kg minyak masak paket bersubsidi polibeg 1 kg tersebut dan anggaran sitaan bernilai RM 11,262.50.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button