Tertembak diri sendiri ketika belek pistol rakan

Oleh – Syeikh Baran


Tertembak diri sendiri ketika belek pistol rakan
Gambar Hiasan

Polis memberitahu pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang (JKDM) yang cedera parah akibat tertembak diri sendiri pada 11 Jun lalu dipercayai mahu mencuba pistol jenis CZ sebelum tertekan picu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, keterangan mangsa pada 19 Jun lalu mengesahkan bahawa dia telah meminta senjata rakannya iaitu pistol jenis CZ untuk melihat dan mencuba senjata tersebut.



“Ketika melihat-lihat dia telah tertekan picu dan tertembak diri sendiri,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan berhubung kejadian dipercayai pegawai JKDM tertembak diri sendiri ketika mahu menghadiri latihan menembak di jabatan itu di Seberang Jaya, kira-kira 9 pagi, 11 Jun lalu.

Menurut Hamzah, setakat ini mangsa dalam keadaan sedar sepenuhnya dan berada di Hospital Seberang Jaya.

“Mangsa dalam keadaan stabil dan mampu berkomunikasi, dan dia masih berada di hospital untuk rawatan susulan,” katanya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button