Tok Merah, isteri didakwa palsukan enam borang penilaian, perkhidmatan harta

Oleh – Syeikh Baran


Tok Merah, isteri didakwa palsukan enam borang penilaian, perkhidmatan harta
Tok Merah (kameja biru, bertopi) dan isterinya didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas pertuduhan melakukan pemalsuan pada enam borang JPPH bagi tujuan menipu. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP/ KOSMO!

Bekas calon bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 di Negeri Sembilan, Mohammed Hafiz Baharuddin dan isterinya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pemalsuan pada enam borang Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) bagi tujuan menipu pada 2019.

Mohammed Hafiz, 48, yang juga dikenali sebagai Tok Merah bersama isterinya Hazlin Suraya Halim, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.



Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri itu dengan niat bersama sebagai pengarah sebuah syarikat telah melakukan sesuatu pemalsuan kepada enam borang JPPH/T/11/A dengan memasukkan penyataan palsu pada borang tersebut dengan niat digunakan untuk tujuan menipu di JPPH Seremban di antara 17 September 2019 hingga 3 Julai 2020.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Azriff Firdaus menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 kepada setiap tertuduh dengan syarat tambahan.

Tok Merah yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon jaminan dikurangkan dan memaklumkan tiada niat untuk menipu selain meminta tempoh dua bulan untuk melantik peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan suami isteri itu diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button