139 individu ditangkap dalam Op Dadu, Noda Khas di Negeri Sembilan

Oleh – Syeikh Baran


139 individu ditangkap dalam Op Dadu, Noda Khas di Negeri Sembilan
Antara serbuan yang dijalankan sempena Op Dadu dan Op Noda Khas di sekitar negeri ini selama 14 hari bermula 10 Jun lalu. – IHSAN POLIS

Seramai 139 individu termasuk 17 warga asing ditangkap dalam Op Dadu dan Op Noda Khas di sekitar negeri ini selama 14 hari bermula 10 Jun lalu.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abd. Khalid Othman berkata, dalam operasi yang berakhir pada 23 Jun lalu itu, sebanyak 100 serbuan aktiviti perjudian dan 11 serbuan melibatkan kegiatan maksiat telah dilaksanakan di seluruh negeri ini.



Menurutnya, daripada jumlah tangkapan tersebut, 120 daripadanya terdiri daripada lelaki, manakala 19 wanita pelbagai bangsa termasuk 17 warga asing.

“Sepanjang tempoh operasi ini dilaksanakan, sejumlah RM 20,220 wang tunai telah dirampas daripada aktiviti perjudian. Manakala, sejumlah RM4193.80 wang tunai serta peralatan hiburan juga dirampas hasil daripada kegiatan maksiat yang dijalankan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abd. Khalid menegaskan pihaknya memandang serius terhadap sebarang aktiviti perjudian dan kegiatan maksiat dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan awam terjamin.

Sehubungan itu, sekiranya masih terkesan sebarang aktiviti perjudian dan maksiat, orang ramai bolehlah menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan Polis Negeri Sembilan di talian 06-7682222.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button