Enam penjawat awam wanita direman kes tuntutan palsu

Oleh – Syeikh Baran


Enam penjawat awam wanita direman kes tuntutan palsu
KESEMUA suspek direman selama empat hari selepas disyaki berkomplot membuat tuntutan palsu berjumlah RM13,586, pada empat tahun lalu. – foto SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

Enam penjawat awam wanita sebuah jabatan kerajaan negeri direman empat hari bermula hari ini selepas disyaki berkomplot membuat tuntutan palsu berkaitan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 berjumlah RM13,586.

Perintah reman sehingga Ahad itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Melaka, Nabilah Nizam terhadap terhadap suspek yang berusia 40 hingga 57 tahun bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka melakukan siasatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.



Terdahulu kesemua suspek tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9 pagi dengan memakai pakaian lokap SPRM.

Suspek telah ditahan antara pukul 2 hingga 4 petang ketika diminta hadir ke Pejabat SPRM Melaka, semalam.

Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie berkata, kesemua wanita terbabit ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengemukakan dokumen mengandungi butiran matan palsu.

Jelasnya, butiran itu adalah dokumen Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 : Rekod Kemajuan Kerja Harian Pembanci berjumlah keseluruhan RM13,586 yang diberikan kepada Unit Kewangan pada 2020.



“Tuntutan tersebut dinyatakan sebagai pembayaran gaji pekerja Personel MySTEP sedangkan ia tidak wujud.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button