Mahathir Nafikan Dakwaan Lim Guan Eng

Mahathir Dakwa Lim Guan Eng Penipu

Mahathir Nafikan Dakwaan Lim Guan Eng

 

Sebagaimana tulisan yang penulis terbitkan semalam, perbalahan terbuka antara Dr Mahathir dan Lim Guan Eng sudah bermula.

Juga sebagaimana yang penulis jangkakan, Dr Mahathir pasti akan mengeluarkan kenyataan balas atas apa yang dikatakan oleh Lim Guan Eng mengenai dirinya.



Antara lain, Lim Guan Eng mendakwa, Dr Mahathir adalah penyebab utama mengapa kerajaan Pakatan Harapan 1.0 gagal menunaikan janji manifesto PRU 14.

Lim Guan Eng juga mendakwa, beliau telah diugut oleh Dr Mahathir untuk dipecat dari jawatan Menteri Kewangan kerana terlalu vokal dalam isu menghapuskan tol.

Dalam kenyataan balas Dr Mahathir, beliau telah menafikan kenyataan yang di buat oleh Lim Guan Eng.

Malah Dr Mahathir menafikan pernah mengancam untuk memecat Lim Guan Eng daripada kabinetnya.



Lebih dari itu, Dr Mahathir menyifatkan kenyataan itu sebagai pembohongan terang-terangan.

Menurut Dr Mahathir, dia menghormati kedudukan Lim Guan Eng sebagai pemimpin parti komponen walaupun mereka berbeza pandangan dalam perkara tertentu.

“Saya tidak pernah mengugut untuk memecat Guan Eng.”

“Itu pembohongan terang-terangan.”



“Dia adalah ketua DAP, anggota gabungan.”

“Saya mesti menghormati kedudukannya.”

“Satu-satunya menteri yang saya gugurkan ialah Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan (ketika itu),” dakwa Dr Mahathir.

Mengulas mengenai isu tol, Dr Mahathir berkata keputusan untuk memansuhkan tol tidak dibuat secara bersendirian.



Menurut Dr Mahathir, tugasnya ialah mempengerusikan mesyuarat kabinet dan Lim Guan Eng mempunyai hak untuk menyatakan pandangan.

“Akhirnya kabinet yang memutuskan, bukan perdana menteri sahaja.”

“Menteri Kewangan ada suara.”

“Jika kabinet tak nak menghapuskan tol, maka tol tidak boleh dihapuskan,” tambah Dr Mahathir.



Dr Mahathir juga menafikan dakwaan Lim Guan Eng bahawa dia mahu mengharamkan UMNO sebagai parti politik.

Penulis percaya sepenuhnya apa yang Dr Mahathir katakan, sebab Dr Mahathir memang tidak pernah menipu sepanjang 99 tahun beliau hidup…😜😜😜

 

Mahathir Nafikan Dakwaan Lim Guan Eng

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button