Mahkamah Tolak Permohonan Semakan Kehakiman, Keputusan DNAA DS Zahid Kekal

Mahkamah Tolak Permohonan Semakan Kehakiman, Keputusan DNAA DS Zahid Kekal

Mahkamah Tolak Permohonan Semakan Kehakiman, Keputusan DNAA DS Zahid Kekal

 

Usaha Badan Peguam untuk mencabar keputusan DNAA DS Zahid dengan permohonan semakan kehakiman telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Putrajaya.

Selain dari menolak permohonan Bar Council, Hakim Amarjeet Singh, juga memerintahkan Badan Peguam membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Peguam Negara, yang merupakan salah seorang responden.



Seorang lagi responden yang dinamakan ialah DS Zahid sendiri.

Hakim Amarjeet memutuskan bahawa isu kuasa Peguam Negara untuk memulakan atau menghentikan prosiding jenayah secara umumnya bukan perkara yang boleh diputuskan oleh mahkamah.

Ia jelas di dalam kuasa perlembagaan Peguam Negara di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dianggap sah.

Badan Peguam tidak dapat mempertikaikan keabsahan tersebut.



Mahkamah juga menolak permohonan Badan Peguam agar mahkamah tinggi meneliti beberapa isu perlembagaan.

Ia berkaitan dengan kuasa Peguam Negara untuk menarik balik kes jenayah terhadap Ahmad Zahid.

Pada 2 Disember tahun lalu, Badan Peguam yang menamakan Peguam Negara dan Ahmad Zahid selaku responden, memohon perintah supaya keputusan Peguam Negara yang memohon supaya Timbalan Perdana Menteri itu dilepas tanpa dibebaskan, dibatalkan.

Badan Peguam diwakili bekas presidennya, Steven Thiru.



Manakala peguam negara diwakili Peguam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan dan Ahmad Zahid diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik.

Sebelum itu, pada 4 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid atas 47 pertuduhan.

Ia berkaitan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram, selepas pendakwaan memberitahu Jabatan Peguam Negara mahu menghentikan prosiding.

Adalah lebih baik Badan Peguam kembali kepada tujuan asal penubuhan badan tersebut sebagaimana di dalam Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166(Perkara 42)].



 

Mahkamah Tolak Permohonan Semakan Kehakiman, Keputusan DNAA DS Zahid Kekal

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button