Pelajar maut motosikal rempuh Triton

Oleh – Syeikh Baran


Pelajar maut motosikal rempuh Triton
Keadaan kemalangan membabitkan seorang pelajar Kolej Yayasan Negeri Sembilan (KYNS) maut di kilometer dua, Jalan Kuala Pilah – Batu Kikir, malam semalam.

Seorang pelajar perempuan Kolej Yayasan Negeri Sembilan (KYNS) maut selepas motosikal yang dia tunggang terbabit dengan nahas di kilometer dua, Jalan Kuala Pilah–Batu Kikir, di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Ghani berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.10 malam itu, kemalangan melibatkan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dan sebuah motosikal jenis Honda C100 yang ditunggang mangsa berusia 19 tahun.



Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa pacuan empat roda dalam perjalanan dari Batu kikir menuju ke Kuala Pilah.

“Apabila sampai di tempat kejadian, pacuan empat roda berkenaan masuk simpang meneruskan perjalanan. Tiba-tiba datang motosikal dari arah bertentangan lalu melanggar hadapan sisi kiri pacuan empat roda tersebut.

“Akibat daripada kemalangan ini, penunggang motosikal telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang pikap itu tidak cedera,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button