Pesawat Piper PA-28-161 lakukan pendaratan cemas di Pelabuhan Klang
Oleh – Syeikh Baran
Sebuah pesawat ringan Piper PA-28-161 dengan pendaftaran 9M-ANA dikendalikan oleh Kelab Penerbangan Subang dilaporkan melakukan pendaratan cemas di kawasan lapang di Pelabuhan Klang hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, pesawat dinaiki dua individu telah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada pukul 2.50 petang tadi.
“Menara Kawalan Subang menerima panggilan ‘mayday’ pada pukul 2.58 petang.
“Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) CAAM di Pisat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATACC) telah diaktifkan pada pukul 3.10 petang setelah menerima maklumat bagi tujuan koordinasi operasi mencari dan menyelamat,” katanya hari ini.
Jelas Norazman, siasatan akan dilaksanakan di bawah Bahagian XXIII Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.
Sumber – KOSMO! ONLINE.