Selangor FC hargai ‘solidariti’ penyokong

Selangor FC hargai ‘solidariti’ penyokong

Selangor FC hargai ‘solidariti’ penyokong
Selain menderma, penyokong Selangor FC turut digesa membeli barangan khas keluaran kelab termasuk jersi pasukan musim ini – Gambar hiasan ihsan Selangor FC.

PETALING JAYA – Selangor FC menghargai tanda solidariti yang diberikan oleh kelab penyokong serta peminat bola sepak yang sanggup menderma bagi meringankan beban pasukan.

Pengurus Selangor FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid berkata, sokongan padu peminat setia Gergasi Merah sangat dihargai kerana secara tidak langsung ia memberi suntikan semangat kepada kelab.

“Kami amat menghargai sokongan dan usaha kerajaan negeri yang sentiasa menyokong sukan bola sepak dan penglibatan Selangor FC dalam Liga Malaysia.



“Begitu juga sokongan tanpa henti daripada penyokong pasukan Selangor FC yang sentiasa mahukan pasukan dalam keadaan terbaik di dalam pertandingan Liga Malaysia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sebagai rekod, Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor telah melancarkan tabung khas bagi membantu skuad Selangor FC yang didenda RM100,000 ekoran keputusan menarik diri pada aksi Piala Sumbangsih bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) bulan lepas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkin Baru PH Faham Kenapa DS Najib Gunakan Khidmat APCO Worldwide


Tabung derma itu mendapat sambutan hangat dengan peminat setia skuad Merah Kuning mula memberikan derma menerusi kod QR dan memuat naik salinan resit di laman sosial pada hari ini.



Selain denda, Selangor turut diarah membayar bayaran pampasan kerugian yang ditanggung JDT selaku tuan rumah selain pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024/2025.

Lebih malang, perlawanan Liga Super membabitkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya turut dimainkan tanpa penonton.

Hukuman yang ditetapkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) itu telah dikritik hebat sehingga Sultan Selangor, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa murka dengan kemelut yang melanda bola sepak tanah air. – KOSMO! ONLINE.

Selangor FC hargai ‘solidariti’ penyokong

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tok Mat Ingatkan Putrajaya Supaya Berhati Hati Dalam Mengatur Lawatan Perdana Menteri Ke Luar Negara

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button