Elakkan Perpecahan UMNO Sabah

Elakkan Perpecahan UMNO Sabah

Elakkan Perpecahan UMNO Sabah

 

Perselisihan antara 2 pemimpin tertinggi UMNO, Bung Moktar Radin dan Abdul Rahman Dahlan bukan kali pertama.

Mereka pernah berselisih faham pada tahun 2020.



Abdul Rahman mengetuai beberapa orang Ketua UMNO Bahagian di Sabah membantah pelantikan Bung Moktar sebagai pengarah jentera UMNO pada pilihan raya negeri Sabah.

Namun ketegangan antara mereka berdua telah dapat diredakan apabila UMNO pusat campurtangan dan membuka ruang perdamaian.

Kini, seakan mengulangi peristiwa 2020.

Sekali lagi berlaku ketegangan antara mereka berdua ketika pilihanraya negeri Sabah semakin hampir.



Ketegangan bermula apabila Abdul Rahman sebagai Ketua UMNO Bahagian Tuaran telah menjemput Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor ke majlis perasmian mesyuarat UMNO Tuaran.

Umum mengetahui, Bung Moktar yang sememangnya tidak sehaluan dengan Hajiji Noor dan juga PPBM.

Beliau telah menegur tindakan Abdul Rahman serta menyifatkannya sebagai tidak tepat dan silap.

Tidak senang dengan teguran Bung Moktar, Abdul Rahman berkata adalah menjadi hak UMNO Tuaran untuk menjemput siapa sahaja ke majlis tersebut.



Pada pandangan penulis, teguran Bung Moktar adalah betul dan alasan yang diberikan oleh Abdul Rahman juga adalah tidak salah.

Mungkin teguran Bung Moktar itu bukan bersifat peribadi.

Tetapi beliau mahu pemimpin UMNO Sabah lebih berhati-hati dengan ahli politik GRS, terutamanya dari PPBM.

Dalam pilihanraya negeri Sabah 2020, UMNO Sabah pernah dikhianati oleh PPBM yang mendominasi gabungan parti di dalam GRS.



Malah Hajiji sendiri telah mengkhianati Bung Moktar dengan melantik diri beliau sebagai Ketua Menteri Sabah.

Dan sebagaimana yang dikatakan oleh Abdul Rahman, adalah hak UMNO Tuaran untuk menjemput siapa sahaja.

Tetapi, adakah perlu kita menjemput musuh yang pernah mengkhianti kita masuk ke dalam rumah.

Memandangkan pilihanraya negeri Sabah semakin hampir, pertikaian antara mereka mesti diselesaikan dengan segera.



Jangan biarkan perpecahan dalaman terus menjadi barah yang melemahkan UMNO sebagaimana yang berlaku di pusat ketika menjelang PRU 15.

 

Elakkan Perpecahan UMNO Sabah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button