‘Flat T20’ susahkan penghantar makanan, dihalang pagar jeriji berkunci

Oleh – Syeikh Baran


‘Flat T20’ susahkan penghantar makanan, dihalang pagar jeriji berkunci
Tangkap layar menunjukkan seorang penghantar makanan tidak dapat pergi ke depan rumah pelanggan keranan halangan pagar jerigi besi.

Seorang penghantar makanan menghadapi kesukaran untuk menghantar makanan disebabkan halangan pagar jeriji besi berkunci yang dipasang di tengah-tengah laluan di sebuah flat Taman Tun Aminah, Johor Bahru, Johor.

Menerusi perkongsian video di TikTik @Amir D Luffy, pemuda itu meluahkan kekecewaannya dengan sikap tidak bertanggungjawab dan pentingkan diri penghuni flat tersebut.



Pada video berdurasi 46 saat itu, dia meletakkan kapsyen ‘salah satu punca budak ‘delivery’ lambat hantar ‘customer’ lain (flat T20 ke ni?’.

“Aku terfikir macam mana orang yang kerja hantar perabot kalau kena situasi macam ni,” tulis pemuda itu.

Pemuda itu cuba menelefon ‘customer’ tersebut tetapi tidak diangkat dan dia terpaksa menunggu disebabkan pesanan dibuat secara pembayaran ‘cash on delivery’ (COD).

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut mempersoalkan tindakan yang tidak bertanggungjawab itu dan bersimpati dengan nasib penghantar makanan tersebut.



“Macam mana boleh kunci, kalau berlaku kebakaran akan menyusah,” kata Yukk Travel.

“Salah buat pagar macam tu. Orang flat tu boleh buat aduan kat pihak berkuasa tempatan (PBT),” kata Acoi Ketapang.

“Kesian, kenapalah menyusahkan urusan orang macam tu. Anak saya pun kerja macam awak dik. Moga Allah mudahkan urusan awak,” kata Noralimahmislan.

Perkongsian video tersebut menjadi tular di TikTok dengan jumlah tontonan sebanyak 156.8 ribu.



Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button