Langgar tiang elektrik: Seorang lagi mangsa maut

Oleh – Syeikh Baran


Langgar tiang elektrik: Seorang lagi mangsa maut
ANGGOTA Pasukan Bomba dan Penyelamat melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 24 Jalan Renggam – Simpang Renggam malam tadi.

Seorang lagi mangsa kemalangan di Kilometer 24, Jalan Renggam – Simpang Renggam maut menjadikan keseluruhan empat individu meninggal dunia dalam kemalangan tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, sebelum itu tiga mangsa masing-masing berusia 21 tahun meninggal dunia di lokasi kemalangan.



Katanya, mangsa yang meninggal dunia di lokasi kemalangan adalah Muhammad Adib Ahmad Shahfarin, Muhammad Ziyad Azmi dan Ahmad Manan Zaini.

“Seorang lagi mangsa yang meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang adalah Nor Aminul Fitri Nor Azmi,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan tiga orang maut manakala seorang cedera parah selepas kereta Proton Wira dinaiki terbabas dan melanggar tiang elektrik dalam kejadian pukul 11.45 malam tadi.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button