Pembangkang Yang Hanya Berani Cakap Belakang
Pembangkang Yang Hanya Berani Cakap Belakang
Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yasin, menyoal jika Anwar Ibrahim berbohong kepada parlimen berhubung isu penjualan saham MAHB kepada GIP.
Muhyiddin berkata, Anwar pada Selasa lalu memberitahu Dewan Rakyat bahawa HAMAS tidak melihat sebarang isu dalam penjualan kepentingan MAHB kepada GIP.
Muhyiddin mendakwa, pada hari berikutnya HAMAS dalam satu kenyataan menyebut hal sebaliknya.
“Anwar sebut di parlimen siapa yang tolak penjualan saham MAHB kepada GIP lebih HAMAS daripada HAMAS.”
“Dia kata HAMAS tak ada masalah pun.”
“Selepas itu HAMAS keluar kenyataan menyokong semua tindakan memboikot Israel.”
“Adakah perdana menteri berbohong di parlimen,” soal Muhyiddin di dalam Facebook.
Beberapa persoalan timbul dari apa yang Muhyiddin tulis di dalam akaun Facebook beliau.
Pertama, adakah kenyataan HAMAS tersebut Muhyiddin petik dari konteks yang betul atau beliau memutarbelitkan kenyataan HAMAS.
Atau kenyataan HAMAS itu berkaitan isu penjualan saham kepada GIP atau ianya berkaitan dengan kempen Boycott, Divesment & Sanction (BDS) di seluruh dunia.
Muhyiddin jangan lupa, ketika beliau menjadi perdana menteri, sebahagian dari dana KWSP dilaburkan terus kepada BlackRock.
Lebih memualkan lagi, ketika sesi soaljawab bersama perdana menteri di Dewan Rakyat, mana perginya suara-suara pembangkang yang sebelum ini begitu lantang bercakap isu penjualan saham MAHB?
Kenapa kesemua persoalan tidak ditanyakan terus kepada perdana menteri di Dewan Rakyat?
Biar rakyat mendengar dan menilai sendiri.
Ternyata pembangkang di Malaysia tidak berfungsi sebagai kuasa check and balance kepada kerajaan.
Setiap keputusan atau dasar yang dibuat oleh kerajaan sepatutnya dibawa ke Dewan Rakyat untuk mendapatkan penjelasan.
Bukannya dibentangkan di media sosial atau pentas kempen yang hanya menyaksikan komunikasi satu hala.
Bagi penulis, pembangkang hanya berani bercakap di belakang kerana mereka sedar, isu yang mereka jaja itu sebenarnya bukan isu.
Pembangkang Yang Hanya Berani Cakap Belakang
Di Syorkan Untuk Anda:
- Tok Mat Ingatkan Putrajaya Supaya Berhati Hati Dalam Mengatur Lawatan Perdana Menteri Ke Luar Negara
- Mahkamah Tolak Permohonan Semakan Kehakiman, Keputusan DNAA DS Zahid Kekal
- Mahathir Nafikan Dakwaan Lim Guan Eng