Ramai kongsi bau anak balik sekolah sama bau telur, ayam
Oleh – Syeikh Baran
“Tunggu dia sekolah, hari-hari bau telur, kadang bau ayam goreng, sampai tak buka ‘aircond’ sebab anak bau pekerja kontrak”.
Itu antara reaksi ibu bapa ketika berkongsi bau anak-anak mereka selepas pulang dari sekolah.
Semakan Kosmo! di platform media sosial mendapati, topik ini mula menjadi perbincangan dalam kalangan ibu bapa sejak beberapa hari lalu apabila pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad berkongsi momen bersama anak keduanya di TikTok.
“Bau syurga. Siapa gomol anak korang (anda semua) macam ini juga kita geng,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ramai memberi reaksi menghiburkan dan video yang dimuat naik Uyaina telah meraih lebih 4 juta tontonan dalam masa empat hari.
“Bila dah masuk umur tujuh tahun bau macam karat besi dah, tambah-tambah waktu balik skolah,” seloroh Awinayura.
“Anak aku dah 10 tahun pun aku suka cium, tapi tulah ada bau-bau kambing sedikit,” kata Nur.
“Masa bayi bau lah syurga, dah umur enam, tujuh tahun dah macam bau anak ayam. Lagi-lagi masa balik sekolah,” kongsi Ayu.
Sumber – KOSMO! ONLINE.