Ahmad Fadhil elok selamatkan PAS dari Mahathir dan Muhyiddin terlebih dulu.

Oleh Adam Malik

Ketua Penerangan PAS sepatut selamatkan PAS dari Mahathir dan Muhyiddin terlebih dahulu.

Sebagai sebuah parti yang tiada berprinsip dan suka menunggang agama , PAS seharusnya menyelamatkan dirinya dari cengkaman Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin terlebih dahulu.



Saranan Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhil Shaari konon nya pengundi harus mengundi Perikatan Nasional di DUN Sg Bakap demi menyelamatkan UMNO baru baru ini sangat menggelikan hati.

PAS sebagai sebuah parti yang menang banyak kerusi tetapi amat takut kepada Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin, sehingga sanggup serah Parti PAS dan negeri SG4 diperintah oleh Mahathir ia sungguh mengambarkan bahawa parti jaguh bercakap ini tiada nilai langsung dan sekadar lembu cucuk hidung sahaja.

PAS meletakan diri mereka dalam keadaan hamba sebegini ketika menang banyak kerusi, tidak dapat dibayangkan jika PAS menang sedikit kerusi, apa lagi yang mereka akan lakukan.



Bukan sahaja menjadi lembu cucuk hidung ketika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, bahkan sehingga tidak menjadi kerajaan pun Muhyiddin masih menjadi Imam didalam PN.

Kedudukan PAS hanya sebaris bersama Parti Gerakan didalam PN.

Saranan Ahmad Fadhil yang dikenali sebagai cakap tidak serupa bikin langsung tidak boleh dipakai kerana PAS yang perlu diselamatkan terlebih dahulu.

Apa guna undi PAS jika dapat Muhyiddin dan Mahathir?



Kedua dua makhluk ini pembawa masalah kepada negara.

Mahathir yang hilang deposit dan di tolak rakyat tetapi nyawa politik nya diselamatkan oleh PAS dan akibatnya kini masih terus menganggu politik negara.

Konon konon PAS hendak selamatkan UMno dan Ahmad Fadhil menyeru pengundi SG Bakap untuk selamatkan umno dengan mengundi PN ternyata satu kenyataan bodoh umpama mainan badut badut broker yang pernah lakukan scam yang sama sebelum ini.

PAS sendiri masih dalam tawanan Mahathir dan Muhyiddin akibat kepimpinan nya ada berhutang sesuatu yang dipegang oleh Mahathir.



PAS tidak bertanya ahli bawahan sama ada mereka setuju PAS diletak dibawah kaki Mahathir dan Muhyiddin kerana sistem Parti PAS yang tidak sempurna dan Mahathir hanya perlu cengkam tengkok empat orang sahaja kepimpinan PAS dan terus Mahathir dan Muhyiddin dapat kuasai PAS.

Tidak seperti umno dimana Presiden mesra bersama Anwar pun perlu menghadap MKT terlebih dahulu untuk sebarang keputusan.

Sehingga begiu mudah Mahathir dan Muhyiddin pergunakan pengkhianat UMNO yang digelar Kluster Broker pun masih gagal tawan UMNO kerana kematangan ahli umno.

Maka, se eloknya Ahmad Fadhil seharus berjuang dan seru mengundi untuk bebaskan PAS dari dipimpin oleh Kluster mahkamah Bersatu dan Kluster mahkamah RCI dua kali.



Parti bergelar Islam jenis apa kah yang bersekongkol dengan kluster mahkamah bahkan keluar bersama sama lari dari Parlimen ketika mahu bahas perbelanjaan darurat.

Konklusi nya, usah lah Ahmad Fadhil buat saranan bodoh jika parti sendiri tidak bebas dan sekadar lembu dicucuk hidung setaraf parti Gerakan, sedangkan parti Gerakan berada dibawah kerana tiada kerusi Parlimen, tidak seperti PAS dibawah Mahathir dan Muhyiddin walau miliki kerusi yang banyak.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button