Anggota penguat kuasa ditahan, minta suapan RM60,000

Oleh – Syeikh Baran


Anggota penguat kuasa ditahan, minta suapan RM60,000
Gambar Hiasan

Seorang anggota penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Kuala Lumpur semalam kerana disyaki meminta wang suapan RM60,000 daripada seorang individu.

Difahamkan, suspek meminta wang terbabit daripada seorang pengadu sebagai balasan menutup kes pengadu atas kesalahan menipu.



Sumber memberitahu, suspek lelaki yang berusia 40-an itu ditahan di sekitar ibu negara pukul 11 malam semalam.

“Suspek disyaki hadir berjumpa pengadu di sebuah restoran sekitar Kuala Lumpur, tetapi menghilangkan diri apabila mengarahkan pengadu menunggunya di satu tempat yang tidak jauh daripada restoran tersebut bagi tujuan mengambil wang rasuah yang dimintanya.

“Bagaimanapun, suspek telah ditangkap dan ditahan selama 24 jam serta dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selepas keterangannya direkodkan,” kata sumber tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Sumber -KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button