Berair Tuan Ibrahim Bila Kena Bidas Tentang Masalah Air Di Sungai Bakap

Berair Tuan Ibrahim Bila Kena Bidas Tentang Masalah Air Di Sungai Bakap

Berair Tuan Ibrahim Bila Kena Bidas Tentang Masalah Air Di Sungai Bakap

 

Antara isu yang paling hangat dijadikan bahan kempen Perikatan Nasional di pilihanraya kecil DUN Sungai Bakap adalah isu masalah air.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man adalah politikus yang paling kerap menggunakan isu masalah air sebagai kempen pilihanraya kecil DUN Sungai Bakap.



Antara hujah yang digunakan adalah kononnya Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang dan Kerajaan Persekutuan tidak ikhlas menyelesaikan masalah air di Pulau Pinang Selatan.

Tetapi hujah yang dangkal itu telah disanggah oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Rafizi Ramli.

Rafizi mempersoalkan apa yang dilakukan oleh Perikatan Nasional selama 33 bulan menjadi kerajaan.

Lebih-lebih lagi, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berada di dalam kabinet dan potfolio beliau sebagai Menteri Alam Sekitar bertanggungjawab ke atas masalah air.



“Kita semua tahu masalah sebenar (di Sungai Bakap) air tak cukup.”

“Untuk kita menyelesaikan masalah ini memerlukan peruntukan besar Kerajaan Persekutuan.”

“Sebab kita kena bawa air dari Sungai Perak.”

“Sungai Perak kat Kuala Kangsar.”



“Kena buat paip, letak pam, buat terowong.”

Kerajaan perlu belanja RM4 bilion selesai masalah air.”

“Tak ada PRK Sungai Bakap pun masalah air akan selesai.”

“Tetapi PN jadi kerajaan 33 bulan.”



“Dulu berhutang (tadbir negara), dia (Tuan Ibrahim) Menteri Air sampai ke sudah tak selesai masalah air.”

“Setahun Kerajaan Perpaduan ambil alih, Anwar kata ada masalah air di utara.”

“Tidak boleh selesai sesama negeri, Persekutuan kena masuk, bayar RM4 bilion.”

“Saya nak tanya Tuan Ibrahim, semasa jadi menteri dalam kerajaan yang kawal duit, kenapa kamu Menteri Air, kamu tak tolong penduduk di sini,” sindir Rafizi.



Nampaknya Perikatan Nasional kena cari isu lain untuk dijual di pilihanraya kecil DUN Sungai Bakap.

Tuan Ibrahim nampaknya dah berair dah tu.

Berair Tuan Ibrahim Bila Kena Bidas Tentang Masalah Air Di Sungai Bakap

 



Berair Tuan Ibrahim Bila Kena Bidas Tentang Masalah Air Di Sungai Bakap

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button