Brahim’s terima pengiktirafan daripada Japan Airlines

Brahim’s terima pengiktirafan daripada Japan Airlines

Brahim's terima pengiktirafan daripada Japan Airlines
(Dari kiri) Penolong Pengurus Kumpulan Operasi Katering Japan Airlines Kamiya Shigeo; Pengarah Kumpulan Pengurusan Keselamatan Japan Airlines, lchihara Yukiko; Ketua Pegawai Operasi BFS, Faizal Rosli Abdullah dan Ketua Pemasaran BFS, Siti Sara Mohd Sarif.

Sepang: Japan Airlines satu daripada tujuh syarikat penerbangan terbaik dunia menganugerahkan Brahim’s Food Services Sdn Bhd (BFS) sebagai Katerer Paling Ditambah Baik Di Seluruh Dunia (Most Improved Caterer Worldwide) di bawah kategori Anugerah Kualiti Kebersihan.

BFS yang juga anak syarikat Brahim’s Holdings Berhad (BHB) menerima sijil anugerah itu pada majlis baru-baru ini dengan diwakili Ketua Pegawai Operasi BFS, Faizal Rosli Abdullah dan sijil disampaikan oleh Pengarah Kumpulan Pengurusan Keselamatan Japan Airlines, lchihara Yukiko.

Faizal dalam kenyataannya mengucapkan penghargaan dan tahniah kepada semua warga kerja Brahim’s atas usaha kuat, kerja keras dan keazaman menjayakan Audit Kebersihan Japan Airlines.



“Kerjasama dan kerja berpasukan sudah membuahkan kejayaan dan hari ini kami menerima pengiktirafan daripada Japan Airlines.

“Bersama-sama, kami akan berusaha untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada Japan Airlines,” katanya pada majlis penyampaian sijil berkenaan di pejabat BFS, di sini, baru-baru ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tok Mat Ingatkan Putrajaya Supaya Berhati Hati Dalam Mengatur Lawatan Perdana Menteri Ke Luar Negara




Hadir sama, Penolong Pengurus Kumpulan Operasi Katering Japan Airlines, Kamiya Shigeo dan Ketua Pemasaran BFS, Siti Sarah Mohd Sarif.

Dalam memastikan makanan yang dibekalkan adalah selamat, terjamin dan boleh dipercayai pelanggan, Kumpulan Japan Airlines melaksanakan sistem pengurusan keselamatan makanan bagi anak syarikat yang disatukan.

Japan Airlines juga kerap mengendalikan audit kebersihan di ‘lounge’ kendalian sendiri dan dua kali setahun ke atas katerer di semua tapak operasi bagi memastikan piawaian pengurusan kebersihan adalah sesuai dengan jenama JAL yang dikawal ketat.



Manual Pengurusan Kebersihan yang berlandaskan undang-undang dan Codex berkaitan setiap negara, mentakrifkan piawaian kebersihan yang perlu dipatuhi, termasuk ‘risk judgment criteria’, item semakan audit dan kaedah analisi trend ‘near miss’.

Dengan itu, pengendali katering dan ‘lounge’ telah memantapkan prosedur dalam memastikan pengurusan bersesuaian dengan kandungan Manual Pengurusan Kebersihan.

 

Brahim’s terima pengiktirafan daripada Japan Airlines

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Terdedah Punca Kemarahan Mahathir Kepada GIP

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button