Empat perompak bawa lari gelang, cincin, rantai emas

Oleh – Syeikh Baran


Empat perompak bawa lari gelang, cincin, rantai emas
Lokasi kedai emas yang dirompak empat penjenayah di sebuah pasar raya di Bakar Arang, Sungai Petani semalam

Pengunjung sebuah pasar raya di Bakar Arang, di sini berdepan detik cemas apabila empat lelaki bersenjata merompak sebuah kedai emas dalam bangunan itu, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.25 petang itu, pelbagai barang kemas seperti gelang, cincin dan rantai emas dilarikan perompak.



Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika kejadian terdapat dua orang pekerja di dalam kedai emas itu.

“Empat suspek meluru masuk ke dalam premis dan mengugut dua pekerja kedai emas itu dengan menunjukkan objek seperti pistol menyebabkan mereka ketakutan.

“Suspek kemudian bertindak mengaut barang kemas yang terdapat di dalam ruang pameran kaca dan melarikan diri dengan menggunakan sebuah kereta Perodua Myvi yang diletakkan di pekarangan pasaraya berkenaan,” katanya.

Wan Azharuddin berkata, jumlah kerugian masih dalam siasatan dan belum dapat disahkan.



“Kita sedang menjejaki empat suspek berdasarkan rakaman televisyen tertutup (CCTV) di premis itu untuk membantu siasatan mengikut seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dan bersenjata,” tambahnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button