Euro 2024: Jerman terus nyalakan harapan peminat
Euro 2024: Jerman terus nyalakan harapan peminat
DORTMUND – Jerman terus mengibarkan harapan para penyokong mereka pada saingan Euro kali ini selepas menempah slot suku akhir dengan menewaskan Denmark 2-0 pada aksi di Signal Iduna Park awal pagi semalam.
Pengendali Jerman, Julian Nagelsmann menyifatkan aksi tanpa tekanan dipamerkan oleh pemain menjadi punca utama kejayaan mereka meraih kemenangan pada melabelkan aksi pada 20 minit pertama pasukannya sebagai yang terbaik setakat kejohanan ini berlangsung.
“Saya fikir kami tidak menghadapi tekanan tinggi seperti aksi-aksi sebelum ini. Saya fikir penyokong dan jangkaan mereka membantu kami untuk bermain dan memberikan aksi terbaik.
“Kami mampu menguruskan tekanan. Pada saya beraksi dalam tekanan adalah kelebihan dan itu yang sering diberitahu kepada pemain. Jadi, mereka sudah pandai untuk menguruskan perkara tersebut tanpa masalah,” katanya.
Kemenangan itu menyaksikan kejayaan pertama Jerman di pusingan kalah mati pada kejohanan besar buat kali pertama dalam tempoh lapan tahun, sekali gus memberi harapan kepada para penyokong untuk menyaksikan mereka kembali menjadi kuasa besar bola sepak Eropah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahkamah Tolak Permohonan Semakan Kehakiman, Keputusan DNAA DS Zahid Kekal
- Mahathir Nafikan Dakwaan Lim Guan Eng
-
Mahathir malu besar Parti Bersatu dan PAS banyak kes rasuah.
Tok Mat Ingatkan Putrajaya Supaya Berhati Hati Dalam Mengatur Lawatan Perdana Menteri Ke Luar Negara
Dalam pada itu, pengendali Denmark, Kasper Hjulmand melemparkan kritikan keras terhadap keputusan dibuat oleh Video Bantuan Pengadil sambil menyifatkan ia menjadi punca kekalahan pasukannya.
Denmark sepatutnya mampu memecahkan kebuntuan terlebih dahulu menerusi Joachin Anderson, namun VAR membatalkan ekoran pengumpan jaringan tersebut, Thomas Delaney dikesan berada pada kedudukan ofsaid.
“Ia sangat mengecewakan. Jika kami berjaya mendahului perlawanan, keputusan pasti akan berbeza. Perlawanan ini hanya diputuskan oleh dua keputusan VAR dan ia bukanlah aspirasi sebenar penggunaan teknologi seperti ini.
“VAR juga memberikan Jerman sepakan penalti dan berdasarkan data serta statistik ia sangat tidak masuk akal. Selepas gol kami dinafikan, mereka mendapat sepakan itu dan saya sangat penat dengan undang-undang bola terkena tangan.
“Kami tidak boleh meminta pemain pertahanan kami berlari tanpa tangan. Anderson hanya berlari secara normal dan dia melompat sebelum bola itu terkena tangan dari jarak satu meter. Saya tidak selalu bercakap mengenai perkara ini, tetapi kali ini saya sangat kecewa,” jelasnya. – AGENSI
Euro 2024: Jerman terus nyalakan harapan peminat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pakar Dedahkan Kenapa PAS Masih ‘Rindukan’ UMNO
- Pembangkang Yang Hanya Berani Cakap Belakang
- Elakkan Perpecahan UMNO Sabah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Terdedah Punca Kemarahan Mahathir Kepada GIP