Euro 2024: Spalletti ada alasan kegagalan Itali
Euro 2024: Spalletti ada alasan kegagalan Itali
BERLIN – Ketua Jurulatih Itali, Luciano Spalletti mengambil tanggungjawab penuh ekoran kegagalan pasukan itu untuk mara ke suku akhir selepas tewas 0-2 kepada Switzerland pada aksi pusingan 16 pasukan terbaik awal pagi semalam.
Aksi yang berlangsung di Olympiastadion itu menyaksikan The Azzurri gagal mempertahankan status mereka sebagai penyandang juara biarpun diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk melayakkan diri.
Bagaimanapun, pengendali berusia 65 tahun itu memberikan alasan bahawa beliau tidak mempunyai cukup perlawanan untuk memastikan Itali benar-benar bersedia mengharungi kempen kali ini sekali gus ia menjadi rekod terburuk Itali sejak 20 tahun lalu tersingkir sebelum ke suku akhir.
“Saya akan memikul tanggungjawab kekalahan ini. Kami gagal kerana saya yang membuat pilihan ini dan ia bukanlah kerana kesilapan pemain.
“Saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengenali pemain. Jurulatih lain mempunyai 30 perlawanan untuk menguji pasukan sebelum kejohanan bermula, namun saya hanya ada peluang 10 aksi sahaja.
“Kami mempunyai peluang untuk membina pasukan yang terbaik, namun ia memerlukan masa dan saya tidak ada banyak masa itu. Pengendali sebelum saya berpeluang menguji pasukan dalam banyak perlawanan berbanding saya,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahkamah Tolak Permohonan Semakan Kehakiman, Keputusan DNAA DS Zahid Kekal
- Mahathir Nafikan Dakwaan Lim Guan Eng
-
Mahathir malu besar Parti Bersatu dan PAS banyak kes rasuah.
Tok Mat Ingatkan Putrajaya Supaya Berhati Hati Dalam Mengatur Lawatan Perdana Menteri Ke Luar Negara
Spalletti dilantik sebagai pengendali skuad kebangsaan Itali pada Ogos 2023 selepas peletakan jawatan Roberto Mancini dan beliau membuat enam pertukaran dalam kesebelasan utama ketika tewas berdepan Switzerland.
Pada aksi tersebut, Switzerland berjaya meledak gol pada setiap babak menerusi Remo Freuler dan Ruben Vargas sekali gus memberikan kemenangan buat kali pertama untuk mereka menentang Itali sejak 31 tahun lalu.
“Gol kedua mereka pada awal babak pertama ‘membunuh’ kami. Apa yang membuatkan kami tewas kali ini adalah rentak permainan. Mereka jauh lebih pantas membuatkan kami terperangkap,” jelasnya.
Dalam pada itu, pengendali Switzerland, Murat Yakin mengakui keputusan untuk mengekalkan sistem yang sering digunakan oleh para pemainnya adalah kunci kejayaan menewaskan Itali kali ini.
“Kami membuatkan mereka ‘sibuk’ dan tertekan. Ia bukan mengenai kemenangan kami, tetapi bagaimana kami memenanginya,” ujarnya. – AGENSI
Euro 2024: Spalletti ada alasan kegagalan Itali
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pakar Dedahkan Kenapa PAS Masih ‘Rindukan’ UMNO
- Pembangkang Yang Hanya Berani Cakap Belakang
- Elakkan Perpecahan UMNO Sabah