Geng Ayie gagal seludup masuk PATI

Oleh – Syeikh Baran


Geng Ayie gagal seludup masuk PATI
Antara PATI yang ditahan polis dalam serbuan itu di Tanjong Karang, Selangor, malam tadi.

Kegiatan haram Geng Ayie yang aktif menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi jalan laut sejak dua bulan lalu tumpas selepas digempur polis di kawasan pesisir pantai Tanjong Karang di sini, malam tadi.

Serbuan itu dilakukan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam Op Pintas, kira-kira pukul 11 malam.



Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, operasi khas itu membawa kepada penahanan seramai 25 warga Indonesia berusia lingkungan 15 hingga 56 tahun.

Jelas beliau, siasatan mendapati kesemua PATI termasuk lima wanita itu dipercayai baru masuk ke negara ini tanpa sebarang dokumen perjalanan sah.

“Polis turut menahan tiga lelaki Indonesia berusia 37 hingga 55 tahun berperanan sebagai tekong bot dan pembantu tekong.

Soal siasat turut mendapati PATI tersebut membayar lima hingga enam juta Rupiah (RM1,500 hingga RM1,800) untuk memasuki Malaysia kepada ejen di Indonesia,” katanya ketika dihubungi hari ini. 



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button