Himpunan Rakyat lawan Anwar tidak sebut siapa yang mereka mahu gantikan Anwar
Himpunan Rakyat lawan Anwar tidak sebut siapa yang mereka mahu gantikan Anwar
Oleh Adam Malik.
Penganjur Himpunan tidak sebut siapa akan dinaikan jika Anwar diturunkan.
Misteri Himpunan “Rakyat lawan Anwar” telah konon nya membuat Lapan tuntutan atau demand kepada kerajaan Anwar Ibrahim pada Sabtu lalu.
Pendirian mereka sangat jelas., kata mereka.
Namun satu perkara lagi masih menjadi tandatanya dan musykil
pula .
Jika Anwar harus diturunkan dan dijatuhkan, siapa pula yang mereka mahu naik kan sebagai ganti?
Bukan kah pakej menjatuhkan Anwar melalui jalan demo ini menjadi lengkap jika turut diberitahu siapa yang mereka mahu menggantikan Anwar Ibrahim?
Dengan tidak menyebut nama individu atau calon yang mereka mahu ambil alih, maka sudah pasti negara akan jatuh kelembah huru hara dan “uncertainty rule”.
Bahkan akan terjadi pula ” power struggle” yang akan membuwt pelabur lari dan nilai saham jatuh lebih teruk.
Dengan tidak menyebut nama calon yang mereka mahu gantikan, maka Himpunan mereka telah menambahkan syak wasangka siapa gerangan belakang gerakan dan tindakan mereka.
Jika diperhatikan jalan halal untuk menjatuhkan kerajaan cara halal sudah tertutup dan opsyen hanya tinggal secara huru hara dan mungkin guna demo RLA sahaja yang ada.
Ada juga pemerhati yang kata Demo RLA direncana bersiri dan akan beralih venue keseluruh negara.
Maka ini pasti perlukan modal yang agak ‘substantial”.
Dari sini, mereka yang cekap sudah dapat menghidu siapa
Tangan ghaib dibelakang gerakan ini yang sentiasa ada duit.
Tambah lagi ada beberapa individu dari kem tertentu membela dari segi guaman kepada perserta dan penganjur.
Persoalan lagi, adakah mereka mereka yang ada banyak kes mahkamah dibelakang gerakan ini?
Siapa pun mereka, nama mereka akan dapat diketahui juga nanti.
Semua harus perlu sabar tunggu dan lihat.