Pakar Dedahkan Kenapa PAS Masih ‘Rindukan’ UMNO

Pakar Dedahkan Kenapa PAS Masih 'Rindukan' UMNO

Pakar Dedahkan Kenapa PAS Masih ‘Rindukan’ UMNO

 

Ibarat orang bercerai yang gila talak, begitulah sikap pemimpin PAS terhadap UMNO yang jelas dapat kita lihat sekarang.

Ada masanya pemimpin PAS mengkritik dengan keras kepimpinan UMNO.



UMNO sekarang sudah tersasar dari perjuangan asal untuk orang Melayu, pemimpin UMNO mengkhianati asas perjuangan UMNO dan pelbagai lagi tohmahan pemimpin PAS ke atas kepimpinan UMNO.

Dan orang yang sering menjadi kecaman pemimpin PAS, adalah Presiden UMNO, DS Ahmad Zahid Hamidi.

Kenapa?

Kerana DS Zahid adalah orang yang paling tegas agar UMNO tidak berpatah balik untuk melakukan kerjasama dengan PAS.



Ada kalanya pula, tanpa segan silu, pemimpin PAS dilihat membuka ruang yang seluas-luasnya supaya UMNO dan PAS kembali berkerjasama.

Politik PAS Hanya Politik Kembali Menikmati Kuasa

 

Pemerhati politik, Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya memberikan jawapan atas sikap tidak konsisten pemimpin PAS.

“PAS sedar, mereka perlu mencari rakan kerjasama meraih kemenangan di lebih banyak kerusi Melayu selain PPBM menerusi Perikatan Nasional (PN) dengan alternatif terbaik adalah Umno.”



“PAS masih mengharapkan UMNO untuk bersamanya dan PPBM dalam merealisasikan cita-cita membentuk kerajaan.”

“Pengundi Cina dan India sokong PKR, DAP dan Amanah.”

“Mereka juga mula selesa dengan kerjasama (Pakatan Harapan) bersama Umno.”

“Mereka sukar menerima dasar PAS.”



“Lebih-lebih lagi Hadi pernah buat komen jelik terhadap pengundi Dayak Sarawak yang sukar dimaafkan penduduk pelbagai kaum.”

“Selagi PAS dipimpin Hadi, selagi itulah Sarawak menolak untuk bentuk kerjasama dengan PAS,” jelas beliau.

Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah pula berkata PAS berdepan tugas berat menawan Putrajaya jika tidak mendapat sokongan pengundi Sabah dan Sarawak.

“Ideologi politik PAS tidak dapat diterima oleh pengundi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).”



“Maka, cita-cita PAS untuk menawan Putrajaya tidak mungkin tercapai secara bersendirian,” jelas beliau.

Dari kenyataan kedua-dua pakar tersebut, jelas kepada penulis, matlamat utama PAS hanyalah untuk kembali merasa keseronokan mendapat kuasa.

Jadi, tidak hairanlah kalau mereka mencuba sedaya upaya untuk bersama UMNO yang pernah mereka khianati.

 



Pakar Dedahkan Kenapa PAS Masih ‘Rindukan’ UMNO

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button