Pemandu terbabit kemalangan bas di Genting ditahan
Oleh – Syeikh Baran
Polis hari ini menahan pemandu bas persiaran yang terbalik dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands di sini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, penahanan terhadap lelaki berusia 32 tahun itu dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut.
“Tahanan reman telah diperolehi selama empat hari bermula hari ini terhadap pemandu dalam kejadian ini,”katanya di sini hari ini.
Seramai 21 mangsa terlibat dalam kemalangan itu melibatkan 18 penumpang warganegara asing dan tiga warganegara tempatan yang terdiri daripada pemandu bas, pembantu dan seorang pemandu pelancong,.
Dalam pada itu Zaiham berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati pemandu bas pesiaran yang terbalik dalam kejadian kemalangan maut itu tidak mempunyai lesen memandu.
Selain itu katanya, pemandu itu juga didapati mempunyai 27 saman lampau yang melibatkan pelbagai jenis kesalahan termasuk tidak memiliki lesen memandu.
Sumber – KOSMO! ONLINE