Perkongsian pintar tingkat kesedaran ESG

Perkongsian pintar tingkat kesedaran ESG

Perkongsian pintar tingkat kesedaran ESG
Rizal (kanan sekali) bersama tetamu kehormat pada majlis perasmian Bengkel dan Dialog Polisi ESG 2024.

Kuala Lumpur: Lebih 300 peserta negara Asean termasuk Hong Kong dan China bertukar ilmu serta maklumat berkenaan kaedah meningkatkan kesedaran mengenai Tadbir Urus Alam Sekitar dan Sosial (ESG) serta berkongsi amalan terbaik melestarikan negara.

Perkongsian pintar membabitkan bengkel dan sesi dialog anjuran SME Corporation Malaysia (SME Corp) direalisasikan bagi memberi pulangan lebih baik kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini dalan usaha mengurangkan kos operasi.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy berkata ESG bukan hanya keperluan perniagaan, bahkan inisiatif untuk pengukuhan jenama, selain membantu mengurangkan kos operasi PMKS dalam jangka masa panjang.



“Kebersediaan dengan ESG juga merupakan kelebihan buat PMKS mengakses pasaran tempatan dan global sekali gus mendorong SME

Corp melancarkan Panduan Pantas ESG bagi memudahkan penerimaan amalan ESG.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tok Mat Ingatkan Putrajaya Supaya Berhati Hati Dalam Mengatur Lawatan Perdana Menteri Ke Luar Negara




“Informasi ini boleh dimuat turun secara percuma di laman web SME Corp bahkan MSME yang aktif mengintegrasikan amalan ini berpotensi menerima anugerah khas di bawah Program Enterprise 50, Anugerah E50 Terbaik untuk Amalan ESG,” katanya.

Majlis pelancaran bertepatan sambutan Hari PKMS Antarabangsa 2024 yang berlangsung baru-baru ini dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Ewon Benedick.

Menurutnya, Asean komited mempromosikan kelestarian di rantau ini melalui pelbagai inisiatif termasuk menggalakkan pemain industri mengamalkan ESG sebagai langkah memperkukuhkan komitmen terhadap Agenda 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



“Agenda itu antaranya adalah menerusi Pembangunan Mampan dan Perjanjian Paris di bawah Rangka Kerja Konvensyen Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC).

“Mempercepatkan penerimaan ESG juga merupakan antara inisiatif yang dirancang di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2021 – 2025,” katanya.

 

Perkongsian pintar tingkat kesedaran ESG

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Terdedah Punca Kemarahan Mahathir Kepada GIP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button