Polis siasat akaun media sosial tuduh TMJ terlibat rasuah

Oleh – Syeikh Baran


Polis siasat akaun media sosial tuduh TMJ terlibat rasuah
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar memberitahu pihaknya akan menyiasat pemilik akaun media sosial yang mendakwa Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terlibat dalam tuduhan rasuah.

Menurut beliau, siasatan itu ekoran laporan polis yang dibuat di Balai Polis Penawar, Kota Tinggi, pada pukul 4.05 petang semalam melibatkan hantaran media sosial berkenaan.



“Ini berkenaan kenyataan ‘TMJ mengatakan pengarah AMLA SPRM-Zamri meminta rasuah RM20 juta daripada Qatar Holdings (28 Januari 2023)’.

“Sementara itu, hantaran dengan tajuk ‘TMJ dah bersuara, takkan PMX masih senyap?’ juga masih boleh diakses di platform Facebook.

“Sehubungan itu, siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan / Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button