Tali pocong dicuri dari dalam kubur

Oleh – Syeikh Baran


Tali pocong dicuri dari dalam kubur
KUBUR yang digali untuk mencuri tali pengikat jenazah di Banyuwangi. – Foto Tribun Jatim.com

Tali putih pengikat kain kafan jenazah dicuri setelah sebuah kubur digali dalam kejadian aneh di Banyuwangi, wilayah Jawa Timur, lapor portal berita Tribun Jatim.

Kejadian tersebut kemudian disiasat polis selepas pihak berkuasa menerima maklumat tentang kubur digali itu semalam.  



“Betul. Sebuah kubur telah digali. Tali pengikat kafan juga hilang,” kata ketua polis tempatan, Asisten Komisioner Abdul Rohman.

Menurutnya, pihak polis mengesyaki kecurian itu mempunyai kaitan dengan amalan  ilmu hitam.

“Tidak menolak kemungkinan itu (tali pocong) dijadikan syarat dalam ritual ilmu ghaib,” katanya.

Penghulu Kampung Plampangrejo, Banyuwangi, Yudi Wiyono berkata, seorang penjaga kawasan perkuburan awam mendapati sebuah kubur digali sekitar pukul 8.30 pagi (waktu tempatan).



Dia kemudian melaporkan penemuan itu kepada penduduk lain sehingga menyebabkan sejumlah orang datang untuk menyaksikan kubur tersebut. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button