Anak tikam ibu diarah jalani pemeriksaan mental di Hospital Permai

Oleh – Syeikh Baran


Anak tikam ibu diarah jalani pemeriksaan mental di Hospital Permai
Seorang lelaki yang didakwa menikam ibunya sendiri di Felda Raja Alias 1,i bulan lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau, Negeri Sembilan, hari ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini mengarahkan lelaki yang menikam ibunya sendiri di Felda Raja Alias 1, di sini bulan lalu menjalani pemerhatian mental selama sebulan.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Norshazwani Ishak terhadap suspek selepas pihak pendakwaan meminta lelaki terbbait menjalani pemeriksaan mental terlebih dahulu sebelum sebarang pengakuan direkodkan.



“Saya dimaklumkan tertuduh ada mild depression. Saya pohon mahkamah di bawah kuasa yang diperuntukkan Seksyen 342 kanun acara jenayah untuk dirujuk ke hospital bagi penilaian mental sebelum pengakuan salah direkodkan,” kata Timbalan Pendakwa Raya, Farahidah Zool Beri.

Majistret kemudiannya mengarahkan suspek dihantar ke penilaian hospital mental terlebih dahulu bagi memastikan sama ada terdapat masalah berkenaan.

Majistret kemudiannya memerintahkan suspek menjalani pemerhatian ke Hospital Permai selama tempoh sebulan dan tiada jaminan dibernarkan, manakala kes akan disebut semula pada 2 Ogos ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button