Drama Queen Beraksi Lagi, Kali Nie Larian 200 KM, 200 KM Atau 200 Meter
Drama Queen Beraksi Lagi, Kali Nie Larian 200 KM, 200 KM Atau 200 Meter
Syed Saddiq dengan gelaran Drama Queen sememangnya sinonim.
Wayang murahan Syed Saddiq sering kali mendapat liputan dari penyokong tegar beliau.
Namun bagi orang yang waras, ianya akan ditonton dengan senyuman sinis.
Pagi semalam, Syed Saddiq mengejutkan dunia sukan negara.
Beliau berjaya menghabiskan larian marathon sejauh 200 km dari Muar ke Dewan Rakyat.
Beliau mendakwa larian marathon sejauh 200 km itu mengambil masa selama 3 hari untuk sampai ke garis penamat, Dewan Rakyat.
Syed Saddiq tiba di perkarangan Dewan Rakyat sekitar jam 9.30 pagi semalam.
Ketibaan Syed Saddiq disambut oleh penyokong Muda, dan ahli parlimen pembangkang.
Turut sama tiba ke garis penamat adalah ahli parlimen Putrajaya, Radzi Jidin, ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, dan beberapa pemimpin PPBM yang lain.
Namun Radzi Jidin, Wan Ahmad Fahysal dan beberapa ahli parlimen yang lain dikatakan hanya menyertai Syed Saddiq pada jarak 5 km yang terakhir.
Menurut Syed Saddiq, beliau melakukan larian marathon yang beliau namakan sebagai Langkah Muar adalah sebagai tanda protes kepada kerajaan kerana menyekat peruntukan parlimen Muar.
Sepanjang larian tiga hari itu, beliau mendakwa berjaya meraih sumbangan sebanyak RM160,000.
“Usaha kecil ini saya mulakan di Muar.”
Jangan guna lagi alasan rundingan itu, rundingan ini.”
“Kerana rundingan sudah berlaku berkali-kali, bukan sekali dua bahkan sudah hantar surat tiga kali.”
“Ini bukan soal rundingan tapi soal politik balas dendam.”
“Ia menghukum rakyat susah di kawasan pembangkang.”
“Perkara ini salah dan kena tentang bersama,” jelas Syed Saddiq.
Penulis sememangnya bersikap skeptikal dengan Syed Saddiq kerana sudah terlalu banyak pembohongan yang beliau lakukan.
Video klip di atas merupakan salah satu dari beberapa siri penipuan Syed Saddiq.
Drama Queen Beraksi Lagi, Kali Nie Larian 200 KM, 200 KM Atau 200 Meter
Di Syorkan Untuk Anda:
- Terdedah Punca Kemarahan Mahathir Kepada GIP
- Pakar Dedahkan Kenapa PAS Masih ‘Rindukan’ UMNO
- Berair Tuan Ibrahim Bila Kena Bidas Tentang Masalah Air Di Sungai Bakap