Euro 2024: Tuah berpihak kepada Perancis untuk ‘lukakan’ Belgium

Euro 2024: Tuah berpihak kepada Perancis untuk ‘lukakan’ Belgium

Euro 2024: Tuah berpihak kepada Perancis untuk ‘lukakan’ Belgium
PEMAIN gantian, Randal Kolo Muani (tengah) muncul wira Perancis apabila mencetuskan jaringan kemenangan 1-0 ke atas Belgium pada aksi 16 terbaik Euro 2024, sebentar tadi. – AFP

DUSSELDORF – Misi Perancis menamat penantian 24 tahun untuk bergelar juara Eropah semakin hampir apabila mara ke suku akhir selepas singkirkan Belgium 1-0 pada aksi 16 terbaik, sebentar tadi.

Aspek serangan masih lagi menjadi masalah buat Les Bleus selepas dilihat mempersiakan deretan peluang terbaik dan kejayaan kali ini seakan lebih berpaksikan kepada nasib.

Perancis dilihat lebih bijak untuk mencari ruang dan memonopoli permainan dengan baik namun tetap bergelut untuk cuba mencipta gerakan lebih merbahaya yang mampu menggugat barisan pertahanan Belgium.



Sepakan percuma Kevin De Bruyne pada minit ke-26 hampir membuahkan hasil namun Maignan masih berupaya melakukan tindakan balas pantas untuk menafikan hasrat Belgium memperoleh jaringan pembukaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ahmad Fadhil elok selamatkan PAS dari Mahathir dan Muhyiddin terlebih dulu.


Walaupun mempunyai satu peluang terbaik, kelibat De Bruyne di babak pertama agak ‘tenggelam’ dan dilihat tidak banyak terbabit dalam gerakan serangan yang diatur oleh Belgium



Skrip hampir sama terus disajikan oleh kedua-dua pasukan di babak kedua namun minit ke-61, tindakan pantas Theo Hernandez berjaya menyelamatkan Perancis apabila sempat menghulurkan kakinya untuk menghalang rembatan Yannick Carrasco.

Minit ke-85, kem Perancis akhirnya ceria apabila pemain gantiannya, Randal Kolo Muani segera menghadirkan impak selepas percubaanya terkena pertahanan Belgium, Jan Vertonghen yang turut mengelirukan penjaga gol, Koen Casteels. – KOSMO! ONLINE

Euro 2024: Tuah berpihak kepada Perancis untuk ‘lukakan’ Belgium

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Peguambela Lelaki Israel Yang Di Tangkap Rupa Rupanya Mesra Perikatan Nasional



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button