Jutawan mahu dikebumikan bersama jam Rolex
Oleh – Syeikh Baran
Seorang jutawan, Kevin O’Leary mahu dikebumikan bersama sejumlah jam tangan Rolex miliknya apabila dia meninggal dunia, lapor portal berita Daily Star semalam.
O’Leary yang digelar sebagai ‘Mr. Wonderful’, mempunyai anggaran kekayaan sebanyak AS$400 juta (RM1.88 bilion). Dia gemar memakai sehingga enam utas jam tangan mewah dalam masa sehari.
Jutawan itu pernah memakai dua utas jam tangan sekali gus untuk menjejaki zon waktu yang berbeza.
Pengumpul tegar jam tangan itu yang kini menetap di Emiriah Arab Bersatu, mengaku dia membawa 17 hingga 20 utas jam tangan apabila melakukan perjalanan ke luar negara.
Ini adalah kerana dia memakai dua utas jam tangan pada waktu pagi, dua lagi ketika semasa tengah hari dan jumlah sama apabila malam menjelma. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE