Malaysia Airlines 10 kru penerbangan terbaik dunia
Oleh – Syeikh Baran
Syarikat penerbangan Malaysia Airlines berada di tangga ke-10 kru penerbangan terbaik dunia menerusi World’s Best Airline Cabin Crew 2024 oleh Skytrax.
Keputusan tersebut diumumkan oleh Skytrax menerusi laman webnya hari ini.
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, tempat pertama kru penerbangan terbaik dunia ialah Singapore Airlines, diikuti oleh ANA All Nippon Airways dan Garuda Indonesia.
Seterusnya, EVA Air, Cathay Pacific Airways, Hainan Airlines, Japan Airlines, Thai Airways dan Qatar Airways.
Sumber – KOSMO! ONLINE