Misteri suara mengilai atas bumbung masjid terbongkar
Oleh – Syeikh Baran
Misteri suara wanita ketawa pada malam hari yang menggemparkan penduduk Kampung Cikampek Timur, wilayah Jawa Timur terbongkar apabila suara itu disahkan berpunca daripada seorang pesakit mental, lapor laman berita Tribunnews.
Ketua Kampung Cikampek Timur, Aah Supriadi berkata, penduduk sebelum ini menyangka suara hilaian yang kerap muncul pada waktu malam tu adalah suara hantu.
Ia sering didengari datang dari bumbung sebuah masjid.
Wanita itu ditemui berbaring di atas bumbung masjid sebelum dia dibawa turun oleh kakitangan pihak berkuasa keamanan setempat.
“Kami telah memindahkan wanita pesakit mental tersebut dari bumbung masjid. Dia dibawa ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Kampung Cikampek,” kata Aah.
Menurut pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Kampung Cikampek Timur, Endah Oktaeni, wanita tersebut dibawa kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab selepas dimandikan dan dibersihkan. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE