Sarjan diperintah bela diri kes minta, terima rasuah RM5,000

Oleh – Syeikh Baran


Sarjan diperintah bela diri kes minta, terima rasuah RM5,000
Mohd. Ameruddin (kiri) semasa tiba di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

Seorang anggota polis berpangkat sarjan diperintah untuk membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah RM5,000 bagi membebaskan dua individu yang ditangkap atas kesalahan memiliki ketum, lima tahun lalu.

Hakim Dazuki Ali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Mohd. Ameruddin Yusoof, 32, di akhir kes pendakwaan.



Mahkamah kemudiannya menetapkan 27 dan 30 Oktober depan untuk tertuduh membela diri.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Nurul Haziqah Tuan Yacob manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Shukri Mohamed.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Ameruddin merupakan anggota polis berpangkat sarjan yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh didakwa secara rasuah meminta suapan RM5,000 daripada seorang lelaki untuk membebaskan dua individu yang ditangkap atas kesalahan memiliki ketum.

Kesalahan itu dilakukan di Kampung Lembah Semerak, dekat Pasir Puteh kira-kira pukul 1 tengah hari pada 1 April 2019.



Bagi pertuduhan kedua, anggota polis itu didakwa menerima suapan RM5,000 daripada lelaki sama untuk membebaskan dua individu yang memiliki ketum di Bandar Baru Pasir Puteh, kira-kira pukul 6.50 petang pada 1 April 2021.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button