Aliff Aziz mahu berehat, luang masa bersama keluarga
Aliff Aziz mahu berehat, luang masa bersama keluarga
Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mengaku terkesan dengan apa yang berlaku terhadap dirinya sehingga mengambil keputusan untuk ‘berehat’ seketika.
“Sekarang saya banyak mengambil masa untuk berehat dari segi mental dan emosi. Kadang-kadang orang kata konon macam kitalah yang terpaling sedih. Tiada begitu.
“Saya manusia biasa yang ada banyak kesilapan jadi saya ambil masa untuk berehat secara mental dan meluangkan masa dengan keluarga.
“Ada beberapa perkara yang sedang saya usahakan perlahan-lahan untuk bina kembali semangat saya dan lebih akrabkan lagi hubungan antara keluarga saya. Ada ketika saya juga berulang alik ke Kuala Lumpur,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Pintu UiTM Dapat Di Pertahankan, Mengapa Pintu Matrikulasi Pula Hendak Di Robohkan?
- Drama Queen Beraksi Lagi, Kali Nie Larian 200 KM, 200 KM Atau 200 Meter
- Himpunan Rakyat lawan Anwar tidak sebut siapa yang mereka mahu gantikan Anwar
Peguambela Lelaki Israel Yang Di Tangkap Rupa Rupanya Mesra Perikatan Nasional
Dalam masa sama Aliff juga memaklumkan keputusannya berehat bukanlah bermaksud tiada tawaran.
“Berehat itu bukan maksudnya menolak dan bukannya tiada tawaran tapi saya pilih untuk bertenang sekejap supaya tidak terburu-buru buat apa-apa keputusan dari segi kerjaya atau apa-apa. Jadi saya lebih kepada berehat dan banyak menyanyi menghiburkan hati,” katanya.
Ditanya berkenaan sumber kewangannya sekarang, Aliff berkata, dia masih mempunyai wang simpanan untuk meneruskan kehidupannya.
“Alhamdulillah saya masih ada lagi wang simpanan. Sebelum ini pun rezeki ada juga dan beberapa perkara yang saya tak dapat nak cakap. Apa pun doakan yang baik-baik untuk saya,” katanya ditemui selepas sebutan kes khalwat di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Aliff Aziz mahu berehat, luang masa bersama keluarga
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Dan PPBM Mula Berebut DUN Nenggiri
- Kumpulan Bertindak Ibubapa Bagi Pendidikan Anggap Jaminan Kemasukan Bukan Bumiputera Ke Matrikulasi Hanya Retorik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :