Bila masa pula Ruhainies tanggung Aliff?

Bila masa pula Ruhainies tanggung Aliff?

Bila masa pula Ruhainies tanggung Aliff?
Ruhainies ketika di mahkamah pada perbicaraan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI

Kuala Lumpur: Ruhainies menafikan dakwaan mengatakan dia kini menanggung kehidupan Aliff Aziz.

Desas-desus ini semakin menjadi-jadi apabila artis kelahiran Singapura itu bercerai dengan Bella Astillah.

Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Illyas, 31, berkata, dakwaan itu adalah satu fitnah semata-mata dan dia perlu menjelaskannya bagi mengelak ramai salah faham.

“Itu fitnah yang sangat-sangat berat. Sudah tentu ia tidak betul.



“Selama ini Aliff dapat tawaran berturut-turut, takkanlah duit dia cepat habis ataupun sudah habis,” katanya ketika ditemui selepas perbicaraan kes khalwat di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai sumber kewangannya ketika ini apabila tidak banyak lagi didatangi tawaran berlakon, Ruhainies berkata, dia masih mempunyai pekerjaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Alhamdulillah saya ada projek macam biasa dan saya tidak mahu kongsi dulu. Nanti tengoklah di media sosial apa yang saya buat,” katanya.

Terdahulu Aliff dan Ruhainies ditangkap atas dakwaan khalwat di sebuah kondominium, di sini, pada 9 Mac lalu.



Pada 20 Jun lalu mereka juga hadir ke mahkamah bagi lanjutan bos jaminan berkenaan kes khalwat.

Perbicaraan ditangguhkan pada 17 Oktober dan bon jaminan RM1,500 setiap seorang untuk kedua-duanya juga dilanjutkan.

Bila masa pula Ruhainies tanggung Aliff?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mungkinkah GIP Di Perlukan Kerana Projek BRI Bermasalah?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button