Jualan runcit di sempadan turun

Jualan runcit di sempadan turun

Jualan runcit di sempadan turun
BANTUAN bersasar disediakan kepada individu daripada kumpulan B40 dan M40 yang memiliki kenderaan diesel.

TANDA awal pendekatan penyasaran semula subsidi diesel baru-baru ini menunjukkan kesan positif dalam mengurangkan ketirisan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata jika dibandingkan jualan runcit diesel sebelum dan selepas penyasaran semula subsidi, setakat ini jualan purata harian di stesen minyak Semenanjung Malaysia berkurang lebih 30 peratus dan stesen di kawasan sempadan turun lebih ketara iaitu di antara 40 peratus dengan 50 peratus.

“Ini merupakan indikator jelas pengurangan penyeludupan. Penetapan harga runcit kepada paras harga pasaran tanpa subsidi mencapai hasil kerana langkah itu mengurangkan sebab untuk menyeludup.



“Ini (pengurangan penyeludupan) tidak tercapai jika kerajaan melaksanakan kenaikan harga runcit secara beransur-ansur dan kecil kerana tidak akan menangani jurang perbezaan harga,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) mengenai penyelarasan subsidi diesel yang dilaksanakan dengan memberi bantuan Budi Madani kepada pemilik kenderaan diesel M40 dan B40.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Peguambela Lelaki Israel Yang Di Tangkap Rupa Rupanya Mesra Perikatan Nasional




Abdul Khalib turut bertanya sama ada pendekatan itu merupakan satu jalan terbaik bagi membanteras penyeludupan diesel rentas sempadan.

“Bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan atau RM2,400 setahun ditetapkan mengambil kira data penggunaan. Bantuan RM200 dianggarkan mencukupi untuk menampung kos tambahan bagi perjalanan harian 75 kilometer merujuk kepada kenderaan diesel biasa seperti lori pikap.

“Tahap penggunaan ini mencukupi untuk lebih 80 peratus pengguna kenderaan diesel persendirian berdasarkan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM),” katanya.

Beliau berkata dengan itu, pendekatan penyasaran subsidi melalui penetapan harga pasaran dan bantuan bersasar mencapai objektif membanteras ketirisan dan pada masa sama melindungi rakyat daripada kenaikan kos.



Di samping bantuan bersasar, pelbagai operasi penguatkuasaan juga akan terus diperkasakan melalui Ops Kesan, Ops Catut, Ops Terjah, Ops Tiris, Ops Menu, Ops Pasar dan Ops Samar oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Semua operasi ini bertujuan membendung sebarang usaha untuk menjejaskan kestabilan bekalan barangan dan perkhidmatan serta mengekang elemen pencatutan harga di pasaran,” katanya.

Beliau berkata kegiatan penyeludupan diesel negara jelas dilihat berdasarkan penggunaan diesel bersubsidi yang meningkat lebih 80 peratus daripada 6.1 bilion liter pada 2019 kepada 10.8 bilion liter pada 2023, walaupun tiada peningkatan kenderaan diesel yang ketara.

Jualan runcit di sempadan turun

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mungkinkah GIP Di Perlukan Kerana Projek BRI Bermasalah?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button