KPK cadang semak semula levi untung luar biasa minyak sawit
KPK cadang semak semula levi untung luar biasa minyak sawit
Kuala Lumpur: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bercadang menyemak semula levi keuntungan luar biasa (WPL) ke atas minyak sawit di negara ini dalam pembentangan Belanjawan 2025, seiring dengan harga semasa komoditi itu.
Sehubungan itu, Menterinya Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata KPK akan bekerjasama dengan pihak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi semakan semula WPL.
“Dulu (sebelum ini) kos mengeluarkan satu tan metrik minyak sawit lebih kurang RM1,800 tetapi sekarang boleh mencecah RM2,800 hingga RM3,200, bergantung pada saiznya.
“Kos yang kita gunakan pada RM1,800 mungkin sesuai guna WPL, tapi sekarang tidak lagi apabila dagangan pasaran kira-kira RM3,800 hingga RM3,900 dengan kos melebih RM3,000,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Bakri Jamaluddin (PN-Tangga Batu) mengenai WPL dan sama ada pemain industri mendapat manfaat terutama dalam usaha mempercepat proses penanaman semula sawit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Pintu UiTM Dapat Di Pertahankan, Mengapa Pintu Matrikulasi Pula Hendak Di Robohkan?
- Drama Queen Beraksi Lagi, Kali Nie Larian 200 KM, 200 KM Atau 200 Meter
- Himpunan Rakyat lawan Anwar tidak sebut siapa yang mereka mahu gantikan Anwar
Peguambela Lelaki Israel Yang Di Tangkap Rupa Rupanya Mesra Perikatan Nasional
Sebelum ini, KPK telah meneliti isu levi keuntungan luar biasa yang dibangkitkan oleh penggiat industri selain turut mengadakan perundingan dengan pihak berkaitan.
Kadar WPL sebanyak 3.0 peratus dikenakan terhadap harga minyak sawit melebihi RM3,000 satu tan di Semenanjung Malaysia dan melebihi 3,500 ringgit satu tan metrik di Sabah dan Sarawak.
KPK cadang semak semula levi untung luar biasa minyak sawit
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Dan PPBM Mula Berebut DUN Nenggiri
- Kumpulan Bertindak Ibubapa Bagi Pendidikan Anggap Jaminan Kemasukan Bukan Bumiputera Ke Matrikulasi Hanya Retorik
-
UMNO akan pilih pendirian yang terbaik sebelum PRU16
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :