Kumpulan Bertindak Ibubapa Bagi Pendidikan Anggap Jaminan Kemasukan Bukan Bumiputera Ke Matrikulasi Hanya Retorik

Kumpulan Bertindak Ibubapa Bagi Pendidikan Anggap Jaminan Anwar Tentang Kemasukan Bukan Bumiputera Ke Matrikulasi Hanya Retorik

Kumpulan Bertindak Ibubapa Bagi Pendidikan Anggap Jaminan Kemasukan Bukan Bumiputera Ke Matrikulasi Hanya Retorik

 

Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) berpandangan jaminan kerajaan ke atas pelajar bukan Bumiputera cemerlang SPM 10A ke atas melanjutkan pengajian ke matrikulasi hanya retorik.

Pengerusinya, Noor Azimah Abdul Rahim berkata hakikatnya pelajar cemerlang lepasan SPM sudah pun mempunyai tempat matrikulasi mereka berdasarkan sistem kuota sedia ada.



“Jika dilihat sistem kuota sedia ada, dalam 40,000 tempat matrikulasi, 90% adalah untuk Bumiputera, 5.5%.”

“2,200 tempat untuk pelajar Cina dan pelajar India diberi 3.5% atau 1,400 tempat.”

“Kemungkinan besar pelajar cemerlang 10A yang memohon sudahpun ada tempat matrikulasinya berdasarkan sistem kuota ini.”

“Apa yang diumumkan Anwar hanyalah kata indah penyeri mata yang sebenarnya tiada isu.”



“Jika diteliti dengan mendalam, kebanyakan pelajar SPM hanya mengambil sembilan subjek sahaja.”

“Dan berapa ramai pelajar bukan Bumiputera yang meraih 10A SPM mahukan tawaran matrikulasi?”

“Yang mereka lebih impikan ialah biasiswa JPA yang menawarkan kemasukan di universiti luar negara.”

“Atau pun mahukan jaminan penempatan untuk jurusan doktor perubatan.”



“Pelajar cemerlang dilihat lebih memandang ke negara lain untuk destinasi mereka menyambung pelajaran.”

“Antaranya ada pelajar yang mempunyai impian mendapat biasiswa Asean Kementerian Pendidikan Singapura.”

“Ada yang sudah menunggu dan mencari pelajar paling cemerlang dan membimbing mereka dari mula.”

“Kita berpeluang untuk memikirkan dan menghalang krisis brain drain ini dengan memberikan penawaran yang setara kepada semua pelajar yang paling cemerlang,” kata beliau.



Sangat jelas, bagi PAGE, pengumuman Anwar hanyalah sekadar retorik yang tidak membawa apa-apa maksud.

Kerana bagi PAGE, sistem yang ada sekarang sebenarnya sudah lebih dari mencukupi untuk menempatkan pelajar bukan Bumiputera ke dalam program Matrikulasi.

Dan sebagaimana yang dikatakan PAGE, berapa ramai pelajar yang ambil 10 matapelajaran di dalam SPM?

 



Kumpulan Bertindak Ibubapa Bagi Pendidikan Anggap Jaminan Kemasukan Bukan Bumiputera Ke Matrikulasi Hanya Retorik

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button