Manchester United cuba ‘rosakkan’ urusan Bayern Munich
Manchester United cuba ‘rosakkan’ urusan Bayern Munich

LONDON – Urusan perpindahan Michael Olise dari Crystal Palace ke Bayern Munich dilapor berdepan beberapa masalah dan masih belum selesai menyebabkan Manchester United mengintai peluang untuk ‘merosakkan’ proses tersebut.
Lebih seminggu yang lalu, Bayern mencapai persetujuan dengan Crystal Palace untuk proses perpindahan Olise dan laporan menunjukkan pemain itu sangat berminat untuk berpindah ke Jerman.
Bagaimanapun, Olise masih belum menjalani pemeriksaan kesihatan yang menyebabkan spekulasi bahawa perjanjian bernilai £50 juta (RM272.5 juta) itu mungkin gagal pada saat-saat akhir.
United menyatakan minat terhadap Olise sejak beberapa bulan lalu dikatakan sesuai dengan hasrat pemilik bersama kelab itu, Sir Jim Ratcliffe yang ingin membeli pemain muda berpotensi tinggi sebagai proses pembaharuan The Red Devils.
Walaupun Olise bergelut dengan kecederaan pada kempen 2023/24, tetapi dia berjaya meledak 10 gol serta enam bantuan jaringan daripada 19 perlawanan Liga Perdana sekali gus membuktikan kualiti untuk bermain di peringkat tertinggi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Pintu UiTM Dapat Di Pertahankan, Mengapa Pintu Matrikulasi Pula Hendak Di Robohkan?
- Drama Queen Beraksi Lagi, Kali Nie Larian 200 KM, 200 KM Atau 200 Meter
- Himpunan Rakyat lawan Anwar tidak sebut siapa yang mereka mahu gantikan Anwar
Bagaimanapun, pakar perpindahan Eropah, Florian Plettenberg tidak percaya perpindahan Olise ke Bayern dalam bahaya kerana gergasi Bundesliga itu kini dalam usaha untuk menyelesaikan perjanjian secepat mungkin.
“Banyak kelab cuba untuk menghalang perpindahan termasuk Manchester United. Tetapi, Olise tetap jelas mahu menandatangani kontrak dengan Bayern sehingga 2029.
“Masih terdapat butiran kecil yang perlu dijelaskan antara kelab. Pemeriksaan kesihatan sebenarnya dijadualkan minggu ini tetapi kini dirancang untuk minggu depan,” jelas Plettenberg. – AGENSI
Manchester United cuba ‘rosakkan’ urusan Bayern Munich
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Dan PPBM Mula Berebut DUN Nenggiri
- Kumpulan Bertindak Ibubapa Bagi Pendidikan Anggap Jaminan Kemasukan Bukan Bumiputera Ke Matrikulasi Hanya Retorik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :