Marquez bukan punca ‘perpecahan’ Ducati

Marquez bukan punca ‘perpecahan’ Ducati

Marquez bukan punca ‘perpecahan’ Ducati
DUCATI tidak menganggap Marquez sebagai punca mereka kehilangan ramai pelumba hebat menghadapi saingan musim depan.

LONDON – Pengurus Besar Ducati, Luigi Dall’Igna menegaskan ‘kemelut’ dihadapi dalam tahun ini bukan disebabkan Marc Marquez selepas pasukan Itali itu kehilangan khidmat Jorge Martin, Marco Bezzecchi dan juga Pramac yang membuat keputusan menjadi pasukan satelit Yamaha.

Martin dan Bezzecchi kini meninggalkan Ducati untuk meneroka peluang bersama Aprilia selepas pasukan yang dipimpin Dall’Igna tersebut memilih untuk mengikat kontrak Marquez dan bergabung dengan Francesco Bagnaia bagi saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2025.

Biarpun spekulasi menyebut Marquez menjadi penyebab utama Ducati berpecah, namun Dall’Igna tetap mempertahankan juara dunia MotoGP sebanyak enam kali tersebut.



“Ia bukan salah Marc Marquez atau apa-apa masalah sekali pun. Secara realitinya, kami (Ducati) telah membangunkan ramai pelumba yang bagus dan juga ramai juara.

“Pada akhirnya, kami tidak boleh meneruskan kerjasama bersama mereka pada musim hadapan dan mereka perlu mencari tempat baharu supaya boleh beraksi dengan baik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Peguambela Lelaki Israel Yang Di Tangkap Rupa Rupanya Mesra Perikatan Nasional




“Kami bermula semula dengan era baharu kerana tahun depan kami akan mempunyai Fermin Aldeguer. Kami akan bermula dengan pelumba muda dan mencari juara baharu untuk masa depan,” kata Dall’Igna.

Pada Mac lalu, Ducati telah mengesahkan bahawa mereka telah mengikat kontrak dengan Aldeguer yang baru berusia 18 tahun dari pasukan Speed Up Racing.

Pelumba muda berbakat besar dari Sepanyol itu dijangka menyertai pasukan satelit Ducati iaitu VR46 tahun depan. – AGENSI

Marquez bukan punca ‘perpecahan’ Ducati

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mungkinkah GIP Di Perlukan Kerana Projek BRI Bermasalah?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button