‘Merepek! Mana ada nak bertunang’ – Ruhainies

‘Merepek! Mana ada nak bertunang’ – Ruhainies

'Merepek! Mana ada nak bertunang' - Ruhainies
Ruhainies ketika tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI

Kuala Lumpur: Pelakon Ruhainies menolak keras dakwaan akan bertunang dengan Aliff Aziz seperti dakwaan pelbagai pihak.

Ruhainies ketika ditemui berkata, pelbagai dakwaan tidak benar mengenai dirinya semakin banyak bertebaran di media sosial sekarang dan perkara ini mampu membuatkan salah faham dalam kalangan banyak pihak.

“Tak akan berlaku (bertunang). Tak adalah, hal itu pun ( penyebaran berita pertunangan) merepek. Makin lama makin merepek.



“Saya pun tak tahu siapa yang buat benda itu. Tiba-tiba media jadikan ia bahan berita. Saya rasa sedihlah juga kerana berita tak sahih dikeluarkan,” katanya katanya ditemui selepas sebutan kes khalwat di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Ruhainies turut menafikan hadir ke mahkamah hari ini berdua dengan Aliff seperti dakwaan pelbagai pihak sebelum ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Peguambela Lelaki Israel Yang Di Tangkap Rupa Rupanya Mesra Perikatan Nasional




“Tidak, kami datang berasingan. Tapi waktu perbicaraan yang sama,” katanya.

Dalam masa sama, Ruhainies juga enggan menjawab soalan berkenaan sindiran dan tuduhan Bella Astillah yang mendakwa dirinya sebagai perosak rumah tangga dia dan bekas suaminya itu.

Baginya soalan ini tidak relevan dan sesuai dijawab buat masa ini kerana fokusnya sekarang adalah menyelesaikan isu kes khalwat yang dijalankan hari ini.

“Soalan ini terlalu berat. Mengenai hal itu, apa yang boleh diatakan, kes hari ini membabitkan kes khalwat, kalau boleh saya memang tak nak sentuh mengenai isu itu.



“Insya-Allah nanti kita jawab pada masa yang sesuai nanti,” katanya.

Pelakon drama Hello Mr Perfect ini juga mengakui selagi kes khalwat dan kontroversi yang melanda dirinya belum selesai, ia sedikit sebanyak mengganggu fikirannya.

“Tentulah rasa terganggu juga. Saya pun manusia biasa,” katanya.

Terdahulu, Ruhainies dan Aliff mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kes khalwat membabitkan mereka pada 9 Mac lalu.



Kedua-duanya membuat kenyataan demikian semasa sebutan kes di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz.

Aliff dan Ruhainies hadir dengan diwakili peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani.

‘Merepek! Mana ada nak bertunang’ – Ruhainies

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mungkinkah GIP Di Perlukan Kerana Projek BRI Bermasalah?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button