PAS Dan PPBM Mula Berebut DUN Nenggiri

PAS Dan PPBM Mula Berebut DUN Nenggiri

PAS Dan PPBM Mula Berebut DUN Nenggiri

 

28 Jun yang lepas, presiden PPBM, Muhyiddin Yasin memberikan isyarat yang jelas PPBM akan meletakkan calon dalam pilihanraya kecil DUN Nenggiri.

Menurut Muhyiddin, ia dibuat berdasarkan kepada keputusan yang dibuat dalam pilihanraya negeri yang lepas.



“Ya, kalau itu keputusan yang buat dulu, kerusi itu kerusi PPBM.”

“Bila mana SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) sudah buat keputusan untuk adakan pilihan raya, Insya-Allah kita akan mulakan jentera untuk gerak kerja peringkat awal.”

“Kerja-kerja lain kita akan susuli (seperti) kenal pasti calon yang paling sesuai daripada PPBM dan menggerakkan gerak kerja yang tersusun di peringkat bawah,” kata Muhyiddin.

Daripada kenyataan Muhyiddin, boleh difahami beliau mahu mengekalkan penguasaan PPBM di DUN Nenggiri, Kelantan.



Bagaimana pun kenyataan Muhyiddin itu disanggah oleh Ketua Pemuda PAS Gua Musang, Mohd Habidin Hanipa.

“Kelantan merupakan kubu kuat kepada PAS.”

“PAS sangat dominan di negeri Kelantan sehinggakan watikan untuk calon PN dikeluarkan oleh PAS pada PRU lalu.”

“Tiada sesiapa boleh menafikan bahawa PAS mempunyai kekuatan di kawasan Nenggiri dan ia melibatkan semua peringkat.”



“Sudah sampai masanya untuk calon PAS diketengahkan dalam PRK Nenggiri nanti.”

“Pemuda PAS Kawasan (Gua Musang) juga bersedia mencadangkan calon yang sesuai.”

“Dan sememangnya PAS mempunyai ramai calon yang berkelayakan untuk diletakkan dalam PRK DUN Nenggiri.”

“Pastinya Pemuda PAS Gua Musang bersedia dengan 100 peratus komitmen menghadapi PRK DUN Nenggiri dengan syarat calon PAS diberikan peluang bertanding,” tegas beliau.



Gelanggang belum lagi dibuka sepenuhnya, tetapi PAS dan PPBM sudah bertelagah untuk meletakkan calon masing-masing.

Penulis cuma mahu ucapkan good luck kerana mereka akan berhadapan dengan sentuhan ahli politik paling berpengaruh dari Kelantan, Tengku Razaleigh.

 

PAS Dan PPBM Mula Berebut DUN Nenggiri

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button