UMNO akan pilih pendirian yang terbaik sebelum PRU16

 

Oleh Adam Malik

UMNO akan fikir pendirian yang terbaik sebelum PRU16.



Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi sudah beberapa kali membuat ucapan dan kenyataan berkait dengan kedudukan Barisan Nasional bersama sama dengan gabungan parti parti didalam Pakatan Harapan.

Sehingga kini, kebanyakan dari kenyataan DAZH itu memberi bayangan bahawa BN dan UMNO akan terus kerjasama dengan PH.

Ketika BN membuat keputusan “out of the box” memilih untuk bersama PH selepas PRU15 , ia adalah keputusan terbaik untuk parti UMNO .

Ketika itu UMNO sudah bersedia menjadi pembangkang.



Namun, apabila Muhyiddin Yassin yang bersifat tamak menolak untuk bergabung dan bersama PH , maka BN telah ditawarkan untuk bersama PH dan BN menerima nya.

Muhyiddin tamak hanya mahu jadi Perdana Menteri sahaja dan terhasut oleh pihak tertentu kerana menyangka kerja sulit seorang Kluster Broker dari UMNO akan berjaya kumpul jumlah SD untuk beliau menjadi Perdana Mdnteri pintu belakang sambil bersikap kurang ajar terhadap Yang diPertuan Agong.

Ini sangat jelas menjadi “trademark” Tun Mahathir, maka tidak syak tindakan Muhyiddin terdorong dari cara itu.



Ketika Majlis Kerja Tertinggi UMNO membuat keputusan untuk bersama PH, mereka bertindak atas banyak maklumat termasuk maklumat bahawa UMNO akan diharamkan jika kerajaan Gabungan PN bersama UMNO ditubuhkan.

Menteri menteri UMNO didalam kerajaan PN BN akan dipilih dari kalangan pengkhianat UMNO sahaja dan bukan atas nama yang dicadang oleh parti.

Ini untuk menjayakan hasrat Tun Mahathir untuk menghancurkan UMNO dengan dibantu oleh pengkhianat UMNO yang Mahathir tahu banyak ada kes dan seleweng.

Tabiat Mahathir yang suka perguna pihak lain untuk lakukan apa yang dia mahu kerana sifat tidak bertanggung jawab nya yang sangat terkenal.



Mahu mengharamkan umno pun dia mahu Muhyiddin atau RoS lakukan , mahu bubar umno dia mahu Zahid lakukan.

Ini supaya dia boleh mencuci tangan dengan mengaku bukan dirinya yang terbabit.

Itu cara Mahathir.

Berbalik semula kepada isu diatas, pada mula nya Ahli umno amat marah dan kecewa kerana umno/BN melih PH kerana ada DAP.



Emosi dan pendirian tradisi menghantui mereka.

Tambah lagi Mahathir telah memomokan DAP kepada orang Melayu dan orang UMNO selama hampir 40 tahun.

Namun apabila terdesak, Mahathir sendiri menjilat DAP semata mata untuk kepentingan peribadi nya dengan semudah berkata pandangan nya terhadap DAP selama ini adalah salah.

Itu lah Mahathir.



Lalu, dehgan kedudukan UMNO bersama PH diambil kesempatan oleh pihak PN dan Mahathir untuk menghasut ahli umno membenci Presiden dan kepimpinan.

Namun, hari demi hari ahli umno sudah mula faham bahawa pendirian umno diambil kira atas sebab keutamaan “survival” umno lebih penting.

Apa guna pertahan prinsip jika parti akan diharamkan dan pupus.

Kenyataan yang dibuat oleh Presiden UMNO sekadar untuk hari ini sahaja atas sebab sudah pun berada didalam PH.

Ia menjadi kerja bodoh untuk memprotes apa sahaja jika sudah bersama sama dalam PH.

Asalkan umno memantau kehendak dan tuntutan DAP agar tidak seperti ketika Mahathir menjadi PM 22 bulan yang menggadai segala nya , umno dikira sudah bagus.

Kedudukan ketika menang banyak kerusi dan ketika kalah perlu lah “adjusment” kepada pendirian.

“Beggars cannot choose”.

Namun sebelum PRU16 umno dijangka akan memanggil semua ahli seperti dilakuan sebelum ini untuk menerima maklum balas ahli bawahan nya dan kemudian memanggil Ketua Bahagian dan MAjlis Kerja Tertinggi untuk memutuskan pendirian umno sebelum Menghadapi hari mengundi.

Itu cara umno, tidak seperti Parti PAS, hanya tiga empat kerat pemimpin sahaja yang putuskan pendirian PAS.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button