Unit Terkelas Bukit Aman ambil alih penyebar gambar mayat Zayn Rayyan
Oleh – Syeikh Baran
Kes penyebaran gambar memaparkan kecederaan pada mayat Zayn Rayyan Abdul Matin kini disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini selepas bahan bukti tersebut diviralkan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.
Katanya, pihak menerima laporan berkaitan penularan gambar berkenaan dua hari lalu.
Ketika ditanya sama ada wujud penglibatan orang dalam berhubung penyebaran gambar tersebut, Hussein menegaskan perkara itu dalam siasatan polis.
Sebelum ini, tular beberapa keping gambar dikatakan berkaitan keadaan mayat Zayn Rayyan ketika prosedur proses bedah siasat di laman aplikasi Telegram.
Menjelaskan mengenai perkembangan kes dua termasuk kanak-kanak lelaki yang maut akibat keracunan makanan dalam program sebuah sekolah agama di Gombak, Hussien memaklumkan polis telah merakam keterangan seramai 22 individu setakat ini.
“Kita akan rujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” katanya.
Sumber -KOSMO!ONLINE