Apa Tindakan Pemimpin UMNO Selepas Permohonan DS Najib Di Tolak?

Apa Tindakan Pemimpin UMNO Selepas Permohonan DS Najib Di Tolak

Apa Tindakan Pemimpin UMNO Selepas Permohonan DS Najib Di Tolak?

 

Sehingga artikel ini ditulis dan diterbitkan, penulis belum lagi terbaca apa-apa komen dari mana-mana pemimpin UMNO mengenai keputusan mahkamah yang menolak permohonan DS Najib.

Tidak pasti sama ada mereka tidak berminat dengan perkembangan kes mahkamah DS Najib.



Atau mereka sedang sibuk dengan kempen PRK Sungai Bakap untuk memenangkan calon dari PKR?Pakatan Harapan.

Mungkin juga mereka sedang lena dibuai kegelian yang teramat sangat di dalam bilik berhawa dingin.

Ada yang di Putrajaya dan ada yang di pejabat Pengerusi atau CEO GLC yang lain.

Atas sebab itu, mereka terlupa.



Atau kerana takut dikeluarkan dari bilik hawa dingin, mereka pura-pura lupa kepada apa yang sedang berlaku ke atas bekas bos mereka, DS Najib.

Penulis yakin, sekiranya DS Najib masih lagi menjadi perdana menteri serta presiden UMNO, tidak seekor nyamuk atau semut akan mereka biarkan hinggap di batang tubuh DS Najib.

Bagi mereka, DS Najib sekarang bukanlah sesiapa lagi.

DS Najib hanyalah seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara.



Sama ada hukuman itu adil atau tidak ke atas DS Najib, bukan masalah mereka.

Tetapi itu adalah masalah DS Najib.

Mereka lupa, tanpa bantuan dan sokongan DS Najib, kesemua mereka tidak akan berada di mana mereka berada sekarang.

Tanpa DS Najib, UMNO sebenarnya sudah lama berkubur sebaik sahaja selepas PRU 14.



UMNO mendapat kemenangan besar di PRN Melaka dan Johor kerana aura Bossku yang meresap ke setiap pelusuk negeri tersebut.

Itu realiti yang tidak boleh mereka nafikan.

Apa berlaku kepada UMNO selepas DS Najib dipenjarakan?

Dalam PRU 15, pencapaian UMNO adalah yang terburuk di dalam sejarah parti itu sendiri.



Ketika UMNO diserang dengan fitnah 1MDB dalam PRU 14 pun, keputusannya tidak seburuk itu.

Selamat bergeli-gelian pemimpin UMNO, teruskan selagi masih ada ruang dan waktu.

Tetapi jangan lupa, apabila tiba masanya, akar umbi akan bersuara!!!

 



Apa Tindakan Pemimpin UMNO Selepas Permohonan DS Najib Di Tolak?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button